29 October 2011

Sempurna , cinta yang tak sempurna.




"Sempurna...
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya..."

Engkau adam , Terus duduk . Tersakiti hatinya disembunyikan. Rasa seperti dicampak - campak. Tersenyum dia perhatikan kelibat Hawa yang berlalu pergi. Makin lama makin jauh.

Bentak Adam dalam hati , biarlah dia pergi. Kerana aku terlalu sayang dia. Biarlah dia pergi. Tak semena - mena terukir lagi satu senyuman. Sebab dia bukan untuk aku.

Baru sebentar tadi , sesusuk badan tegap yang memegang Sekalimah ucap - ucap sabar dalam hati.

Diherdiknya , Dicacinya , Dimakinya , Dipukulnya. Si Adam tetap tersenyum. Meleret senyumannnya. Seperti tiada apa - apa yang berlaku di depannya.


"Kenapa dengan awak ni ? tiba - tiba nak minta putus ?!"

Sebab saya dah tak sayang awak. Bisik kecil Adam dalam hati. Tapi Jawapannya pada hawa tetap tersenyum.

Bahasaku...
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah... 

Mahu sahaja dibisik di telinga hawa bahawa dia sunyi , dia sepi , dia kosong , dia mati , dia mahu rasa sayang. Adam tak dapat rasa itu semua daripada Hawa.  

Hawa hilang daripada pandangannya , Adam tersenyum , masih terus tersenyum.  Sebab saya sayang awak lah hawa saya biar awak pergi , saya tak nak awak lihat ketidaksempurnaan saya. Getus hati Adam.

Ketidaksempurnaan yang melanggar janji saya pada awak , supaya sehidup semati bersama awak. Tapi saya tak mampu.

Adam berlalu pergi. Kelihatan satu nota putih terlepas daripada genggaman Adam.

"Adam bin Ahmad , Anda disahkan menghidap penyakit ketumbuhan/Tumor dalam otak peringkat ketiga, Pihak kami.......Peluang amat lah tipis sekali , jadi pihak kami harap anda faham dengan situasi penyakit anda"

"Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku...
Tak bernyawa lagi...

Masihkah aku ada

Dihatimu...saat ini"

p.s : Cinta tak pernah mati , yang mati hati.

No comments:

All time ;