19 October 2011

Sedarkan aku.


Menyisir - yisir kepekatan dingin senja.
Berterbangan bersama - sama kabus niskala.
yang jahat , yang kejam yang semuanya negative belaka.

Ahh, sedang aku terbang jauh bersama angan - angan. Baru aku tersedar.

Aku bersendirian lagi bertemankan pekat malam yang bakal mengundang.
Sedang aku termenung cuba menangkap setiap persoalan masa depan mendatang.
yang kusam , yang samar , yang penuh dengan persoalan belaka.

Aku jadi takut. Aku jadi renyah. Aku jadi gusar. Aku jadi resah.
Tatkala Hamba Nya Lain sedang sibuk memacu arah masa depan sendiri.
aku masih di sini , yang sendiri , yang kacau , yang menyedihkan.

Bergelimpangan soul - soul yang mati aku biarkan.
Bisa minda aku waraskan setiap satu daya mikir, itu semua soul aku.
dah lama mati , terlalu sangat mencari kesempurnaan. Terlupa akan kebodohan sendiri.

Sedarkan aku , biar aku rebahkan sendiri panji bendera putih mengatakan aku kalah.
Sedarkan aku , biar aku bangkitkan panji diri katakan aku masih mahu berlawan.

Aku tidak kalah.
Aku masih di sini.
Tidak semuanya salah.
Aku hampir hilang diri sendiri.

Ahhh,sinisnya..

No comments:

All time ;