13 October 2011

Pernah.


Pernah tak dalam sehari yang ada dalam dua puluh empat jam , anda duduk dan terfikirkan walau sejenak. Betapa beruntungnya anda , dan betapa bertuahnya anda  mempunyai Teman Lelaki atau Teman Perempuan anda buat masa sekarang.

Sesaat.
Seminit.

Tidak lama , dan tidak susahkan ? Percayalah kata saya , anda akan rasa tenang jika betapa anda rasa bertuah dan beruntungnya memiliki mereka dalam kehidupan anda.

Jatuh bangun anda , cuba tanya pada diri anda sendiri . mereka di mana ? kalau bukan bersama anda.

Bahagia anda, di setiap gelak tawa anda , cuba tanya pada diri anda sendiri. Mereka rasa benda yang sama tidak ? Jawapan mereka hanya tersenyum. 

Tawa dan duka anda , cuba tanya pada diri anda sendiri , Mereka rasa benda yang sama tidak ? Mereka hanya menjawab dengan air mata dan kata semangat.

Sekarang , cuba anda tanya diri anda.

Jatuh bangun mereka , di mana anda ?

Tawa dan duka mereka , di mana anda ?

Sakit dan perit mereka lalui , di mana anda ?

Penat ? Tiada masa ? senantiasa alasan itu diberikan , pernahkah mereka beri alasan penat ? Tiada masa untuk anda ? 

 Jadi kepada anda , anda dan anda. Berhentilah sebentar daripada mengejar kesibukan dunia , mengejar kebahagiaan dunia. Fikirlah untuk mereka sejenak yang sentiasa berfikir tentang anda.

Jangan sampai nanti satu masa , mereka hilang apa yang mereka pernah ada dahulu untuk anda. Apa yang hilang ? anda jawab sendiri masa itu. Bagi saya , masa itu sudah sangat terlambat. Masa itu sangat sesuai untuk anda duduk tampar - tampar diri anda sendiri.

Sebab , kita tak pernah walaupun sesaat fikirkan betapa bahagianya , beruntungnya dan bertuahnya kita memiliki mereka dalam setiap perjalan hidup kita.


No comments:

All time ;