21 October 2011

Bila kita cuba.


Bila kita cuba berlari ke hadapan tinggalkan semua yang terkebelakang , kita tak sedar betapa besarnya lubang yang pernah ditebuk dalam merah hati kita.

Ertinya semua tentang sakit , luka , parah , semuanya tentang kekecewaan. Kita menangis tentangnya , tiada tawa untuknya.

Bila kita cuba lari ke hadapan lagi tinggalkan semua yang terkebelakang , kita tak sedar betapa jauhnya ruang masa yang kita tinggal , sampai tak tercapai dek akal kita.

Ertinya hampir sama dengan jauh , sangat jauh , tak terlihat , semuanya tentang kehilangan. Kita jadi makin berani ke hadapan , tiada gerun akan semua yang tertinggal jauh.

Kita akan terus berlari , berlari dan terus berlari sampai nanti kita tak terjumpa apa yang kita nak jumpa , kerana keliru akan dugaan yang menghempas , ujian yang bertalu. Kita lali. Kita tak nak mati.

Kita akn terus berlari tanpa henti , sampai kita berhenti ke satu destinasi yang ada tepi simpangnya ada nyatakan 

"Jalan anda terhenti di sini , tiada kilometer untuk ditempuhi lagi , anda sudah jadi diri anda sendiri, Tahnniah"

Celaka . Aku rasa sangat Kanak - kanak ribena sekarang ni bila aku rasakan kenyataan itu akan keluar bila kita dah terlalu jauh berlari tanpa henti,.

Demi mencari erti sebuah kematangan dan erti sebuah kehidupan yang bila kita cuba iannya takkan pernah berhenti mencuba kita.

Aku taip ini satu persatu - satu selepas dengar nyanyian Joe Brooks pada Random Susun atur lagu aku di Windows Media Player Versi 12.

Holes Inside.

"But if you hold tight, shadows will be lost in the light.
Oh cos sometimes, fate and your dreams will collide.."

No comments:

All time ;