28 October 2011

Aku bukan pemuitis.


Sebait - bait ayat keluar, satu pun aku sendiri tak dapat amati dengan elok - elok. Berterabur . Tiada kemas. Selerak.

Sudah aku Beritahu awal - awal, aku bukan pemuitis.

Aku cuma Seorang yang sepet perasan seperti cina , selalu pakai T-Shirt Cartoon Graphics , Seluar jeans G.A Blue aku yang hampir lusuh itu , dan juga selipar Jepun aku.

Aku bukan pemuitis. Tapi aku hebat menunggang terbalikkan ayat. Aku jauh sekali daripada jiwang. Romantik lagi jauh berbatu - batu.

Aku bukan pemuitis yang punyai fikiran kritis. Satu - satu tersusun. Aku berterabur. Kurang synchronised.

Memandang sesusuk tubuh di hadapan aku , aku cuba jadi Seromantik yang boleh. Tapi aku tak boleh , dan memang aku bukan romantik.

Chenta hati ketawa bila aku cuba jadi romantis. Aku pun ketawa bila dia ketawa yang dia tak sedar aku sedang cuba jadi romantis.

Ya , aku bukan pemuitis , jauh sekali roman picisan yang romantis selalu.

Gagal , lagi terus aku mencuba dan tersenyum. Bukan pemuitis pun , aku tetap hati dia. Besar telapak tangan yang mengenggam merah hati.

No comments:

All time ;