06 August 2011

Topeng.


Jika tidak suka , mulut luahkan sahaja. Mata pejamkan sahaja. Telinga pekakkan sahaja. Hidung tutop sahaja.

Jangan manipulasi keadaan dengan mewujudkan seribu satu rasa yang kononnya suka , yang kononnya bahagia.

Sudahlah manusia , aku bukan tak suka "hipokrit" . Aku cuma sedang jujur pada diri sendiri , kenapa pilih jadi bayang - bayang daripada jadi diri sendiri.

Kehidupan bukan untuk dimanipulasi , nak melawan arus modenisasi ini. Bukan guna perisai temboknya muka . Bukan guna pedang Lidah.

Jadi fikirannya biarlah setara pada Globalisasi. Tiadalah nanti ada yang Ber"hibernasi" dalam kepompong sendiri sampai mati, sampai pekak, sampai bisu, sampai hilang deria enam.

Maaf , kasar sedikit. Aku dah muak dengan dulu datangnya senyum. Sekarang perginya tinggalkan tanda soal.

Aku tak perlukan ayat tanda seru , Itu kehidupan "kamu" . Tidak perlu teriak tengking , atau hebah satu kampung mahupun seantero.

Tiada perlu aku persoalkan , yang mana engkau benci , yang mana engkau suka. Terpulang pada engkau.

Kerana pada teorinya engkau dan kehidupan engkau , Praktikalnya, cuma berlakon dengan bayang - bayang sendiri. *Senyum*

Kesimpulannya ringkas sahaja. Sedikit pun aku tidak kisah. NOKTAH

2 comments:

C Zakura's said...

uit ? kenapa niyh ? :o

Nizam Aziz said...

tiada apa - apa lah , ini lebih kepada luahan hati semasa entah saya berada di "dunia" lain. hehehe , jadi saya tak sedar apa yang saya taip. hehehe (:

All time ;