06 August 2011

Pulanglah.


Jauh , sangat jauh awak di sana. Mata saya terkebil - kebil lihat wajah awak. Awak tersenyum sahaja melihat saya. 

Awak tidak kejam sebab tersenyum melihat saya yang sedang hiba rindukan awak, sebab saya biarkan wajah awak statik sahaja dalam telefon bimbit saya.

Saya rindu awak , macam masa dahulu kala saya rindu pabila bantal busuk saya dicuri momok, saya pun tak pasti momok dari spesis apa yang suka curi bantal busuk. Tapi rasanya macam jiwa saya diragut laju - laju tanpa sebarang notis.

Sedih rasanya. Macam itu lah perasaan saya sekarang ini awak. Tapi tiada momok yang curi awak,  Menara tinggi "bergading" yang pinjam awak untuk tulis masa hadapan awak. Catat setiap kehidupan baru awak.

Saya rindu awak , pulanglah . Saya sentiasa menantikan kepulangan awak, Tuan empunya badan yang saya rindui. 

Eh ! sebentar, sebelum saya noktahkan taip-an saya , rasanya hati saya sedang berbunga - bunga. Saya ambil satu bunga ilusi ini , nanti awak pulang saya beri pada awak ya. *senyum*

2 comments:

C Zakura's said...

comel ! :))
tenang je bace setiap yang awak coretkan..
hiba saat melayan perasaan yang telah awak luahkan..
pastinya rindu awak itu memberi sedikit sebanyak kekuatan untuk saya terus berjuang dalam mimpi masa hadapan.. :)
you are my destiny dear ! loving u so much ! :*
pasti saya akan pulang ! dan saya tak sabar nak terima bunga-bungaan awak itu.. ^_*

Nizam Aziz said...

hehehe , comel macam awak ! (: you are my destiny too my dear , loving you too my dear ! hehe , cepat pulang nanti saya akan berikan bunga ilusi itu pada awak ok. (:

All time ;