01 August 2011

Penyesalan. (Ramadhan)


Tengahari  itu cuacanya mendung sahaja , mendung paling mendung. Gelapnya berlapikkan kehibaan. Babak Deraian tangisan , babak Juraian air mata berlalu hampir lima belas minit tadi. Namun Fathiya masih tidak berganjak. Berganjak memerhatikan Sebuah Nisan yang Berukirkan nama insan yang paling dia sayang. Faizullah Bin Adam. Air matanya berjuraian jatuh , serentak dengan titis - titis hujan yang turun rebah jatuh ke bumi.

Suasana Tengahari itu tidak seperti sebelum - sebelumnya , penuh dengan gelak tawa , senyuman Manis Suaminya itu. Suasananya agak "hitam" , hiba. Melambangkan betapa kecewanya Fathiya apabila mengenangkan kembali babak putar kembali dalam hidupnya bersama Faizullah . Suami yang cukup penyayang , cukup mengambil berat , cukup segala - galanya.

Faizullah : "Ayang , petang ni balik tak ? abang dah masak untuk ayang tau kita berbuka sama - sama eaa ?"
Fathiya : "Takpelah abang , Ayang berbuka dengan kawan - kawan pejabat ayang je"
Faizullah : "Oh yeke ? takpe lah macam tuh, hati - hati eaa sayang.Selamat berbuka"

Talian terus dimatikan , Faizullah menghadap Lauk kegemaran yang dimasaknya untuk Fathiya dengan penuh rasa sayu. Disuap nya perlahan - lahan.

Fathiya sebak memikirkan kembali betapa kejamnya dia kepada Insan yang paling mencintai dia, Semakin deras Air mata fathiya mengalir. Apabila teringatkan..

Faizullah : "Ayang ! abang ada suprise untuk ayang !"
Fathiya : "Apa dia abang ni?"
Faizullah : "Abang tempahkan dua tiket untuk kita pergi melancong bersama untuk raya nanti!,suka tak ? suka tak?"
Fathiya : "Lah ,yeke ? kejap - kejap tapi tarikhnya sama dengan ayang punya aktiviti luar dengan Kawan pejabat dan staff - staff tempat ayang kerja lah bang, Ayang tak boleh tak pergi"
Faizullah : "urmmm lah yeke ?takpelah yang kalau macam tu , lain kali je lah"

Fathiya terus naik bilik tanpa sedar di sebalik senyuman tiada mengapa Suaminya itu , tersimpan perasaan kecewa , setelah berhempas pulas mengumpul segala wang simpananya semata - mata untuk Menunaikan hasrat isterinya ke KOREA . Sayu Faizullah memandang dua tiket percutian yang diletakkan atas meja makan mereka.

Fathiya semakin sayu, deraian air matanya mengalir semakin lebat, selebat hujan yang turun menemani Tengaharinya yang kelam itu. Kenangannya bersama Suaminya semakin Ligat berputar - putar . Dia masih teringat peristiwa seminggu sebelum menjelangnya Syawal yang kini hanya tinggal dua hari sahaja, iaitu lusa.


Nada Telefon bimbit Fathiya berbunyi. "Sampai syurga ku menunggu, hanya kamuu.."

Faizullah : "Ayang, kepala abang sakit lah sayang, tak boleh bangun,"
Fathiya : "Lah, yeke bang ? habis tu abang nak sayang buat apa ? Ayang busy ni bang, busy sangat - sangat, abang kan kena berehat , MC abang ada lagi dua hari tu bang. Duduk diam - diam eaa bang."

Terdiam sebentar Faizullah , Hasratnya untuk membiarkan isterinya membawa dia pergi ke klinik, dibatalkan sahaja. Faizullah betul - betul tidak larat.

Faizullah : "Hurmm, takde papelah yang, abang sahaja je nak tanya khabar sayang, macam tuh sambung lah kerja balik eaa?hati - hati ye sayang?"
Fathiya : "Ok bang , mintak maaf eaa , ayang busy sangat - sangat ni"

Talian dimatikan, belum sempat Faizullah mengucapkan kata - kata cintanya pada Fathiya...

Sehinggalah...Subuh semalam..

Faizullah : "ayangg..bangun sahur eaa yang?pas sahur kita subuh eaa yang?pas tuh abang ingat nak tidur kejap, kejap je."
Fathiya : "Alahh, abang sahur je lah dulu, ayang penat lah bang, penat sangat - sangat , semalam kan ayang balik lambat,rasanya lagipun esok ayang tak boleh puasa lah"
Faizullah : "yelah sayang , apa - apa nanti panggil lah abang ye."

Fathiya tersedar, ..

Fathiya : "haii , mana suami aku ni?, takkan dah pergi kerja?"

Fathiya tercari - cari , Dan dia nampak kelibat suaminya ,Faizullah sedang sujud di atas sejadah.

Fathiya : "abang ,bangunlah bang, dah pukul berapa dah ni? lamanya abang sujud?"

Tanpa dia sedar yang sujud itu hanya jasad Faizullah , Faizullah sudah lama "Pergi". Darah kelihatan merah pekat di atas sejadahnya.

Fathiya : "Ya ALLAH! ABANNNGGG!"

-------------------------------------------------------------------------------

Kelibat seorang lelaki berpakaian lengkap doktor , menghampiri fathiya.

Doctor : "Maaf ye cik , kami dah buat sedaya upaya, tapi Darah beku di kepala Sudah "pecah" dan merebak kepada bahagian lain, jadi.."
fathiya : "jadi apa ? jadi apa doctor ?!..."

Doctor Ikmal hanya memerhatikan Fathiya dan mengeleng - gelengkan kepalanya, Fathiya menangis teresak - esak . Dunianya kelihatan gelap. Tersangat gelap.

PAPP!

Tersentak Fathiya daripada lamunan kenangan semalam yang sangat menyedihkan dan merobek hatinya menjadi keping - kepingan yang lumat. Hatinya hancur luluh mengenangkan sikapnya terhadap suaminya.

Kelihatan ibu Faizullah iaitu Puan Amna di belakang Fathiya.

Puan Amna : "udah - udah lah tuh thiya , jangan ditangisi orang yang sudah pergi, mari kita pulang ye"

Fathiya memerhatikan Nisan Arwah Suaminya dengan dalam sekali, dia mengucup nisan Suaminya itu. dengan ...

"Abang , sayang mintak maaf ye, mintak maaf sangat - sangat dengan kelakuan ayang sebelum ni dengan abang , Sayang sayang kat abang sangat - sangat , sayang tak sangka yang sayang akan kehilangan abang , orang yang paling sayang sayang dalam dunia ni , juga orang yang paling sayang abaikan juga tanpa sayang sedar, sayang mintak maaf ye bang ?. Abang maafkan ayang kan ? kan ? Abang , sayang doakan semoga abang tenang di sana ye ? Saya sayang awak sangat Faizullah Bin Adam,"

Ucapan itu keluar tersekat - sekat , sambil tangan Fathiya gagah mengenggam nisan Faizullah, Puan Amna yang melihat apa yang sedang dilakukan Fathiya , turot sama mengalirkan air mata.

Puan Amna : "Sudahlah tu Thiya , biarkan faizul pergi dengan tenang ye ?Mari kita pulang ye nak, Banyak barang untuk dibeli menjelang malam Syawal ni nak"

-----------------------------------------------------------------------------

Tepat 7.30 , selepas Maghrib , Puan Amna dan Fathiya berangkat ke Pasar Mini berdekatan untuk mencari sedikit persiapan meyambut Syawal esok yang harus dilaksanakan malam ini.

Fathiya sengaja membiarkan Radio terpasang , dan Sekali lagi air mata Fathiya mengalir apabila terdengar..

"Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui


Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan muMeninggalkan mu


Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut"

Teresak - esak tangisan fathiya. Namun segalanya sudah terlambat. Kedengaran Takbir Syawal Berkumandang..



----------------------------------------------------------------------------

p.s : Hargai lah orang yang anda sayangi , sepertimana mereka hargai anda . jangan sampai terlambat. (:

p.s.s : Nama di atas hanya rekaan semata - mata, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah "tiada"

No comments:

All time ;