27 August 2011

Merpati Putih.


Merpati Hitam , tersebut sebuah dongeng si burung yang kurang rupanya dan agak kurang menyenangkan di mata merpati yang lain. Berterbangan dia ke sana ke mari mencari apa puncanya tidak seperti yang lain , rupanya kusam , hitam dan agak hodoh.

Ke sana ke mari dia berterbangan , kalau - kalau ada sahaja cermin lekas - lekas dia elakkan . Dia tidak sanggup melihat kekurangan rupanya di atas kilauan cermin yang baginya sangat menyakitkan.

Sayu sekali. Sangat sayu.

Sehingga suatu hari , merpati hitam bertemu dengan merpati putih yang sangat menarik perhatiannya. Dia mengikut ke mana sahaja merpati itu pergi. Merpati putih yang sedar akan kehadiran merpati hitam cuba mengelak daripadanya.

Sampai masa , merpati hitam berhenti mengekori merpati putih , dibiarkan sahaja merpati putih berlalu pergi hilang daripada pandangannya . Dia menunduk , dengan penuh kesayuan menyelubungi dirinya , dia sedar akan kekurangan dirinya.

Dia terbang , terbang dan terbang lagi .

Tanpa dia sedari , dia terserempak merpati putih yang kelmarin dia jumpai. Dia cuba mendekati merpati putih itu , Namun hampa . Merpati putih itu lekas - lekas pergi daripada tempat dia bertenggek.

Semakin sayu hati merpati hitam .

Teringat akan nya , bilamana dia dicemuh ibunya sendiri , adik beradiknya sendiri kerana kekurangan rupanya . Dengan kekuatan yang ada , dia masih meneruskan kehidupan seperti burung - burung yang lain. Berterbangan sini sana , menghabiskan sisa - sisa hidup seekor burung, dan juga sebagai makhluk ciptaan yang MAHA ESA.

Semakin hari , semakin nekad merpati hitam mencemuh dirinya sendiri , mengejek kehodohan dirinya sendiri , dia tidak hilang minda untuk mencari kesempurnaan , supaya dia bertenggek sama tinggi dengan merpati putih lain. Puas dia memikirkan. Sehinggalah .

Merpati hitam terjumpa akan sesuatu yang mampu buat dia menjadi putih , Dia perlahan - lahan menghampiri "sesuatu" itu , dan..

Terletak lah sebuah noktah riwayat hidup merpati hitam , dia alpa dan leka kelebihan dirinya yang jarang ada pada yang lain . Dia terlalu mengejarkan KESEMPURNAAN .

Ya , sekarang dia sudah menjadi merpati putih , atau lebih sesuai merpati putih tanpa nyawa yang tunggu masa dimamah bumi.

p.s : Lebih kurang macam story-telling

No comments:

All time ;