01 August 2011

Mak ite cakap . (Ramadhan)


Malam itu bulan terang - terang sahaja . Cukup untuk memancarkan kekuningannya pada seisi alam, Matahari sudah lama mengucapkan Selamat tinggal pada pekat senja petang tadi. Dinginnya kekal sama seperti petang tadi , seperti mengalu - alukan kedatangan Sesuatu yang mulia.

Kelihatan dua orang budak kecil , Seorang kelihatan seperti anak cina terlepas , bersama sepupunya. Maka lahirlah dialog yang mereka cipta dalam dunia mereka sendiri , Senang aku panggil . Dunia "warna - warni" kanak - kanak.

N : "Eh , mak ite cakap kan esok raya tau..haa"
A : "Eh , banyak awak punya raya , esok puasa lah"
N : "Eh , puasa tu apa wak ?"
A : "Puasa tu apa eh ?, tadi kita tanya mak kita . mak kita cakap kalau kita puasa penuh kita dapat duit raye, banyaaaaakkkkkkk!"
N : "Yeke wak ? tapi kenapa dapat duit banyak ?"
A : "Sebab kita tak makan , tak minum sebulannn.."
N : "Lahh, tak mati ke ?" *sambil tergaru - garu kepala"
A : "Awak ni, puasa tu kejap je lah, petang kita dah boleh makan banyak - banyak!"
N : "oh yekee ??, awak jom ite pergi masjid jom ! kita dengar malam ni ada tewareh ,mak ite cakap, orang semua sembahyang sampai banyak kali taw.Tapi ite duduk kat belakang ite tunggu Pak Andak je lah , ite makan kuih - kuih nak ?"  
A : "haaa, jom!"


Maka terkedek - kedek lah dua Sepupu ni berjalan ke Masjid , sambil memegang mercun pop - pop., "pop! pop!" , tergelak - gelak mereka berdua. Sehinggalah..


N : "awak ,! kita baling pop - pop ni dalam reban angsa pak long nak ?"
A : "haa, jom - jom."

MAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKK! angsa kejar adik !

Malam yang dingin , hening itu dikejutkan dengan suasana hingar bingar dua sepupu tersebut. Kelam kabut jadinya . Seorang sembunyi belakang tandas , seorang lagi sembunyi sebelah tandas. Mereka melihat sesama sendiri dan tergelak kecil. Angsa tersebut balik ke reban semula.

A : "awak , ganasnya angsa Pak long!"
N : "Dia kejar ite lah , dia tak kejar awak lah!"
A : "Kenapa eh?"
N : "ite baling  pop - pop ni dekat kepala ye" *sambil tersenyum lebar*

Dengan indahnya dunia kecil mereka , mereka kembali terkedek - kedek berjalan menuju Masjid, Baju melayu merah menyala yang dipakai salah seorang daripada mereka kotor kerana Lumut di belakang tandas , kemerahan disertakan dengang kotoran hijau lumut.

Siapa  N ? siapa A ? A tu sepupu aku , yang aku sendiri panggil dia Amat (bukan nama sebenar) , tapi kami dah berjarang jumpa. Siapa  N? haa kalau terror tekalah ? (:

Kalau tidak kerana angsa , mungkin tidak aku ingat segala dialog yang masih segar melekat dekat dalam otak aku yang ketika itu masih dihiasi warna - warni dunia kanak - kanak. 


Di kesempatan ini , aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut RAMADHAN AL MUBARAK kepada semua umat ISLAM di serata dunia. Moga Bulan yang mulia ini memberi cahaya kepada anda semua , tak lupa juga kepada  "chenta hati" yang jauh di mata , tapi dekat di hati. Semoga tabah menempuhi Ramadhan ini di kejauhan dengan hati yang kuat. Sayang awak SITI NORAINIZA SAEMAN. (: *tersenyum*

p.s : N : "mak ! ite terminum !" (:

2 comments:

C Zakura's said...

nak jawab ! N tu mesti lah awak kan ? ^^" tol tak ? hehe~ yeeay ! ite pandai ! haha :D

comel nyer ye akap ite, ite, ! hehehe ^^"
pape pun syabas ! hehe~ masih segar lagi di ingatan awk cerita mase kecik2 ni, hehe, dari awal sampai akhir tak kering gusi sy ketawa dan senyum bace post awak ni..hehehe :D

awak buat sy rindu pada zaman kanak2 sy, haha, tp dulu sy tak ramai sgt kawan sebab sy suka duk uma je, tak nak kua uma, kalau keluar pun just pergi sekolah, balik sekolah, g ngaji, balik ngaji.. haaa tu je lah, hehe :D best lah cerita zaman kanak2 awak !! haishh ! ite nak jadik kecik2 cm dulu oley tak ? haha :D

urm SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN AL-MUBARAK jugak tuk awak dan keluarga tercinta k.. semoga dapat jalani nya dengan pnuh kesabaran dan keinsafan serta penuh rasa kesyukuran..amin~ ye, sy akan kuat tuk tempuh hari2 sy disini, sebab adanya awak disisi sy tak kira ape jua, sy sentiasa akan dpt kekuatan tu k..;) sayang awak jugak MOHAMAD KHAIROOL NIZAM B ABD AZIZ..:)

Nizam Ash Aziz said...

hurmm, betul lah saya N tu , kalau tak nakal tak sah. hehehe. memang pandai. awak memang sangat pandai. (:

comel ke ?takpun , memang time tu pelat. (:

yeke tak ramai kawan ? bukan awak lasak ke ? suka berkawan dengan budak2 lelaki yang nakal2 ? hehehe

ye, terima kasih untuk ucapan yang amat berharga tu untuk saya dan keluarga saya. (:

All time ;