27 August 2011

Batu leka.


Sebutir batu . keras dan kental , tiada retak bagi pandangan insan lain. Namun tiada siapa tahu ia retak sebenarnya . Lama - lama dibaling pecah berderai juga.

Biar batu itu terhanyut , terhanyut dilitupi atmosphere kelekaan , kealpaan dan kelalaian pegangan yang menemaninya. Biar ia terhanyut bersendirian jauh sampai penghujung dunia.

Sampai nanti satu masa dia akan hilang dimamah bumi. Tiada ia pinta sebutir air mata jernih pun. Hanya pintanya , jangan terus terleka , alpa dan lalai dengan pegangan yang tiada berubah walau sekelumit.

Biar ia hilang tanpa sekilas bayangan , kalau ada pun entah tiada siapa tahu dia bersembunyi di mana . Biarlah dia tersenyum sendirian. biarkan dia bersendiri.

No comments:

All time ;