10 July 2011

Jangan Marah , Tersenyumlah. (:

Salam sejahtera,

Baik, Kaum Adam , Kaum Hawa . Pasti tersimpan satu perasaan, perasaan yang agak sukar untuk kita kawal , iaitu Marah. Marah dan Marah. Tiada manusia atau insan yang lari daripada perasaan ini.

Tak puas hati itu, kita marah , tak puas hati ini kita marah. Ya saya akui, terkadang saya sukar mengawal kemarahan saya, tetapi ingin saya kongsikan berapa kunci untuk mengurangkan risiko kemarahan. Cuba ya ? tak mahu cuba tidak mengapa, saya tidak suka paksa. : -


"Prayer may not change things for you, but it for sure changes you for things."

Jika kemarahan datang, Beristighfar banyak - banyak. Mengucap. Sentiasa beringat Kepada ALLAH SWT. Berdoa supaya semuanya elok - elok sahaja. InsyALLAH.



“Once you replace negative thoughts with positive ones, you'll start having positive results.”

Berfikir secara waras , ingat apa yang terjadi adalah dengan kehendakNYA dan itu jalan takdir kita. Fikir lah secara positive, setiap yang terjadi ada hikmahnya, Selesaikanlah secara elok dan baik. Kerana setiap masalah ada jalan penyelesaian yang terbaik.


Tarik nafas panjang - panjang , hembus perlahan - lahan. Bertenanglah, kalau tidak mampu, cuba paksa diri untuk bertenang. Cara ini dapat membantu anda daripada terus - terusan marah.


 "Music is the mediator between the spiritual and the sensual life. "
- Ludwig van Beethoven -

Jika anda marah , anda pasti perlu ruang anda sendiri, Jadi sementara anda memerlukan ruang. Apa kata anda isikan ruang yang kosong dengan hati anda yang marah itu dengan aktiviti kesukaan anda

Paling tidak , anda akan rasa tenang melakukan aktiviti yang anda suka, Contohnya Melakukan Yoga, Menonton Televisyen , atau kebiasaanya mendengar lagu.


 “Silence is a source of great strength.”

Berdiam diri , sehinggalah keadaan menjadi tenang (silence may be the best fighter to anger) , Ditakuti jika anda bersuara terus- terusan daripada berdiam diri, anda akan menjadi lebih di luar kawalan dan iannya sangat memudaratkan.


"The world always looks brighter from behind a smile"

Dan yang Terakhir adalah, sentiasalah Tersenyum biarpun dalam keadaan marah . Tersenyumlah , cuba ukirkan senyuman, kerana ia penyembuh dan dapat menenangkan

Fikirkan apa yang akan terjadi kepada orang yang anda sayang jika anda terus-terusan marah dan meninggikan suara kepada mereka ? apa kata hati mereka ? Jadi renung - renungkanlah.

Baik itu sahaja , maaf jika ada salah satu daripada point di atas ada yang tersalah, Lagipun saya bukannya bagus mana pun untuk nasihat, tapi saya mencuba. Terima Kasih. *senyum*

p.s : Jangan marah , Tersenyumlah. (:

No comments:

All time ;