06 July 2011

Dear John.

Dear John,

Kau watak lelaki yang sangat kuat , dan sangat setia yang pernah aku lihat selain Tom Hansen, dalam filem 500 Days of summer.


Ciuman Terakhir Daripada John untuk Savannah. Di sini juga mereka telah berjanji untuk saling setia menunggu. Kerana Savannah masih belajar , sementara John pula ditawarkan mengikuti program Army yang memaksa dia berpisah dengan Savannah selama Setahun., selama setahun mereka berpisah , mereka saling berbalas surat.

"Tell me everything, John."



Babak ini , ialah di mana  kali terakhir Savannah membaca dan membalas surat buat John untuk kali terakhir , dan biarkan John tergantung dalam keadaan ternanti - nanti, Sebelum itu , penantian Savannah selama setahun bertukar menjadi Tiga Tahun selepas peristiwa 9/11 , John diminta bertugas selama tiga tahun untuk perisitiwa itu. Namun mereka tetap saling berjanji yang mereka akan setia menanti. Menanti kepulangan masing - masing.

"But I did meet her; that the thing that makes my current life so strange. I fell in love with her when we were together, then fell deeper in love with her in the years we were apart. Our story has three parts: a beginning, a middle, and an end. And although this is the way all stories unfold, I still can't believe ours didn't go on forever." - John Tyree


Namun segalanya berubah , Setelah hampir dua bulan membiarkan John tanpa utusan surat, Akhirnya sampai juga utusan Savannah untuk John , dengan wajah tersenyum John membuka utusan Savannah ,

Namun hampa John setelah membaca semuanya ,di surat itu menyatakan bahawa Savannah sudah bertunang. Savannah menjadi hilang punca, hilang arah selepas ketiadaan John. John begitu kecewa , penantian Savannah sudahpun berakhir, namun tidak bagi John.

"I finally understood what true love meant...love meant that you care for another person's happiness more than your own, no matter how painful the choices you face might be."


Tiga tahun selepas tamatnya tempoh John bertugas di Afghanistan , John pulang , "sendirian" , bapanya yang biasa dijaga Savannah sudah pun pergi "meninggalkannya" , Savannah pula telah berkahwin,

Namun cinta John pada Savannah masih kuat , Malam di mana telah menyaksikan segala-galanya, Pada waktu makan malam di mana Savannah menjemput John untuk makan bersamanya, mengalir air mata John setelah melihat Savannah banyak berubah , dari seorang yang tidak pernah minum , menjadi peminum .

"I've been burdened by questions I've asked myself a thousand times since the last time we were together. Why did I do it? And would I do it again? It was I, you see, who ended it."


Di sini, kita dapat lihat betapa setianya penantian seorang lelaki *bukan mahu membanggakan kaum lelaki*, Selepas makan malam itu , John pulang , namun sebelum John pulang .

Savannah bertanyakan sesuatu yang biasa akan diajukan semasa mereka berkasih, "Adakah kita akan bertemu lagi John ?" , kebiasaanya John akan membalasnya dengan , "Ya , Adakah kita akan bertemu lagi Savannah?" , 

Namun kekecewaan John dapat dilihat, John tidak mengeluarkan sebarang perkataan daripada mulutnya, hanya tersenyum memerhati wajah Savannah sebelum berlalu pergi . Di dalam kereta John menangis teresak-esak.

"You're married to Tim, and your husband needs you. All of you. There's no room for me, we both know there shouldn't be." - John Tyree


Selepas itu mereka tidak pernah berjumpa lagi , namun John terus dengan tugasnya . Beliau ditawarkan untuk sambung bersama Army, Sehinggalah satu hari , John menerima sepucuk surat daripada Savannah , yang menyatakan dia sangat perlukan John , dan berharap John akan pulang di pangkuannya . Savannah kematian suaminya..

Babak lain selepas itu , sangat indah . John membawa basikalnya bersiar - siar , Savannah pula di dalam kafe ,Pandangan John terpaut pada sesuatu , Ya, pandangan itu tepat ke arah Savannah , cinta pertamanya. dan.... Happy ending. (:

p.s : maaf , entri ini ditulis dalam keadaan kurang seimbang, selepas mengenangkan kembali betapa sedihnya cerita ini , banyak lagi yang mahu dicerita, tetapi saya hilang cara penulisan saya. maaf.

p.s.s : Cerita ini adunannya sangat cukup untuk mereka yang sedang bercinta dan akan berjauhan , ataupun sedang berjauhan . Cerita ini tentang penantian , penantian yang tiada akhirnya.

2 comments:

C Zakura's said...

pasti saya akan tengok cerita ini wahai cinta hati ku !! <3 u !!
tapi macam sedih pulak bila dengar dari penceritaan awak aritu, so deep inside awak hayati cerita itu kan, memang sayu je dengar belum tengok lagi.. haish ! tapi takpe, akan saya tengok cerita itu ok dear ? :")

Nizam Ash Aziz said...

hehe, saya memang senang sangat menghayati cerita sayang, tapi cerita ni memang tersangat sedih sayang. kalau awak kuat, tengok lah cerita ni eaa sayang. (:

All time ;