12 June 2011

tiada tajuk.

BATU perlahan - lahan diangkat.
hebahnya, heboh si mulot, teriaknya kalau rejam biar sampai berdarah.
jangan biar sikit - sikit rasanya , nanti terluka, bernanah.

Rejamnya biar laju, rejamnya biar pantas, kalau mahu merobek tanpa rasa sakit.
Biar segenap angin menusuk kalbu tanpa rasa, itu teman segala - galanya.

Rasa itu firasat.
Firasat itu bukan jasad.

Jadi , dengar sini telinga, rejamnya biar perlahan , biar cermat kalau mahu merobek dan memberi rasa.
Biar segenap rasa yang berarah mengerti akan hadir rasa , toreh segala - galanya.

Sakit,itu pasti.
Nikmat, itu menanti.

Pejam mata.celik mata.
jangan buta.jangan lupa.

Lupa dari mana datangnya perasaan.kalau tidak daripada hati.
lupa dari mana wujudnya isi hati, kalau bukan minda ber"senggama" dengan naluri.

Aku berhenti menaip,aku letakkan noktah.

p.s : Aku tak sempurna. (:

No comments:

All time ;