08 June 2011

Siapa aku ?


Terkadang aku pusing - pusing.
cuba memerhati tanpa rasa asing.
kiri kanan , yang miskin masih terasing
atas bawah , yang "elit" terus bersaing.

Terkadang aku fikir - fikir.
cuba menjengah minda mereka berfikir.
bagaimana, kenapa aku menjadi fakir.
bagaimana, kenapa aku menjadi pemikir,


Sibuk bermain main dengan kata.
tanpa ikut hati kata.
bagi aku , biarlah kata dalam hati yang berkata.
dari terus - terusan kau menghamba pada mereka yang hanya mampu berkata.

pusing - pusing lagi.
motion nya masih di situ, tiada tergerak tetapi bersegi.
bersegi macam teka teki.
bila nak selesai lagi.
entah lah, yang penting ikut kata hati.
jangan ikut telunjuk jari , nanti mati.
sudah, aku mahu jalan, jangan ikut aku tanpa pasti.
aku ikut jalan mati  cuba tanya kata hati.
pasti bukan jalan mati , yang akan kau tamati.
berhati - hati, aku bukan pemasti untuk kau taati
aku cuma meneliti setiap apa terperinci tanpa kau sedari.
aku cuma entiti , entiti yang sentiasa mengekori.
akulah, personaliti.

No comments:

All time ;