28 May 2011

Tenang - tenang.

Terkadang gelisah,
Terkadang resah.
Entah , entah , entah.
Perasaan ini bagai budak hingusan mentah.

ini tak kena.
itu tak kena.

Puas aku cuba jadi pelakon baru terbaik.
Puas aku cuba jadi pelakon lelaki terbaik.

tidak , aku tak perlukan semua itu.
tidak , aku benci semua itu.

bilamana , hidup aku hanya bertemankan topeng yang aku cipta sendiri.

Terkadang aku penat.
Terkadang di tahap tenat.

Aku biarkan sahaja.
Biarkan sahaja aku terawang - awangan entah di mana.

Terkadang ia tenang - tenang sahaja.
Terkadang ia merusuh - rusuh binasa.

Mata aku bukan dicipta hanya untuk melihat.
Telinga aku dicipta bukan hanya untuk mendengar.
Hidung aku dicipta bukan hanya untuk Menghidu.
Mulut aku bukan dicipta setakat untuk merasa.

Deria , ini menyimpan seribu satu rasa.
yang bukan kisahnya tersimpan dalam buku Hikayat Seribu satu malam.

Sakit.
Gembira.
Tenang.
Sedap.
Nikmat.
Kecewa.
Sabar.

Keliling - keliling bermain carca - marba persoalan.
Tunggunya tetap satu, bukan permainan.
Diam - diam cuba buka mulut menimbulkan persoalan.
Diamnya tetap satu, bukan mahu masalah. Jauh sekali perbalahan.

Tenang - tenang, tidak mahu aku menjauh.
Senang - senang , tidak mahu aku menyusahkan.

Terkadang jiwa ini satu rasa.
Terkadang jiwa ini tiada rasa.
Terkadang timbul segala rasa.
Akhirnya tetap satu saja rasa.

Biar cinta itu dirasa tenang - tenang.
Biar cinta itu dirasa Ikhlas - ikhlas.
Biar cinta itu dirasa Tolak - ansurnya.
Biar cinta itu dirasa Perbezaanya.

Seperti juga , saya memberi. Awak merasa.
Seperti juga , saya merasa. Awak memberi.

Konsepnya mudah sahaja.
Cintailah cinta setenang - tenangnya.
Pelajarilah cinta setenang - tenangnya.
Susurilah jalan cinta setenang - tenangnya.
Jatuh bangunlah bersama cinta setenang - tenangnya.

Mudah - mudahan , kamu kenal itu apa erti cinta yang menyimpan pelbagai rasa.

Pahit, Manis , Masam , Masin.

Pahit itu pasti ditelan.
Manis itu pasti tersenyum bersama.
Masam itu pasti datang.
Masin itu entahlah. aku sendiri tiada persepsi tentangnya.

p.s : Sayangilah mereka yang menyayangi anda selagi mereka ada ,Hargai kasih sayang yang mereka berikan. Jangan sampai mereka menjauh, kerana saat itu mereka sama sekali tidak perlukan anda lagi. Sebagaimana anda buat mereka rasa tidak diperlukan lagi. (:

2 comments:

C Zakura's said...

saya tetap sayang awak b, sampai bila2, sampai jauh mana pun hanya nama awak di hati saya, saya janji ;)

Nizam Ash Aziz said...

ye , saya pun tetap sayang awak. biarlah berselisih macam mana sekalipun. awak tetap di hati saya juga ok ? saya janji juga. (:

All time ;