16 May 2011

SelamatHariGuru,.

Kesekian kalinya , aku menambah dan menyemakkan lagi entri dalam blog yang entah tidak seberapa ini. Dengan harapan aku dapat penuhi nafsu aku yang tengah gila meroyan nak menulis , menulis dan menulis sambil fikir aku ada di dunia lain , ya itu cara aku. Jangan hina cara aku. Jangan persoalkan cara aku. Bila aku , ia tetap aku , cuma bezanya saya , Nizam aziz dan gua.


Bercakap tentang hari guru , ye , pertama - tamanya selamat hari guru diucapkan kepada Guru - guru yang pernah mengajar saya , Iaitu MOHAMAD KHAIROOL NIZAM BIN ABDUL AZIZ yang daripada kosong menjadi penuh (konon - konon penuh lah) *jelir lidah*

-SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI (1997 - 2002)

TIE , GURU DISPLIN & JAMBAN.

Baik , aku sangat nakal ketika ini , walaupun aku nampak macam pemalu ,tapi mampus. Tiada langsung rasa malu dalam diri aku pada masa itu. Antaranya :

- Tatkala perhimpunan , pelajar dikehendaki Membaca doa dan...dan sentiasa memakai Tie , nak dijadikan cerita , aku ni kalau PJK mesti lupa nak bawa tie, jenis pulak , Cikgu Akmar yang kedebush takde chance beb , kalau tidak bawa Tie..,

Pertama - tamanya , semasa rehat tu , Aku ajak Fahmi dan Syahmil , teman Sepersekolahan yang agak nakal , Kitaorang sembunyi dalam tandas . Gamaknya masa sembunyi uh , Cikgu Akmar , guru displin ketok pintu tandas . tapi masing2 berdiri atas mangkuk jamban, bajet kaki tak kantol. itulah dia nakal tak ?


Then tak habis kat situ je. Pencarian cikgu Akmar terus berterusan, "Siapa - siapa ada yang tak turun masa Perhimpunan rehat tadi?" dalam kelas makmal.


Aku dengan selamba teros sahaja main batu seremban bawah meja. Masa tu baru habes UPSR , jadi lantaklah nak buat ape pun kan. Sehinggalah ada pengawas perempuan datang "Nizam ,Cikgu Akmar panggil kau , tadi kau tak turun masa perhimpunan kan?" , aku dengan selamba bersiul2 , buat macam takde orang bercakap dengan aku.


Selepas itu semasa pulang , Aku terserempak Cikgu Akmar  , nak tahu apa terjadi.

Nizam : " Assalamualaikum Cikgu Akmar !"
Cikgu Akmar : "Wa'alaikumussalam"

dalam hati aku, hai ? takde pape pun ,takde kemain cari aku. *ketawa*

p.s : Moralnya , jangan main batu seremban , esh salah - salah. moralnya jangan buat cikgu anda macam di atas ni ya ? tak elok. SELAMAT HARI GURU lagi sekali diiucapkan. (:

2 comments:

C Zakura's said...

nakai sungguh yer mase muda2 dulu, haha :D

Nizam Ash Aziz said...

eh sapa kata muda2 je nakai ? sekarang pun sama. :P

All time ;