16 May 2011

kisah burung simpati.

Kuning pagi itu cerah , angin cuma menyapa - yapa ampaian.
Lembut sapaan si angin , mungkin baju - baju di ampaian minta dikeringkan.

Kelihatan seekor burung sibuk memerhati gerak geri orang di dapur.
diperhatikan nya dengan wajah yang sangat meminta.ya bertahun lama , hampir tiga tahun lamanya dia menanti disuapkan makanan dengan penuh rasa kasih sayang.

dicicip nya , dicicip lagi.tiada apa kedengaran.Tiada siapa dengar.
Dicicip makin kuat, Datang seorang jelita , memerhati burung itu pernah rasa ingin tahu. Di hatinya , mungkin burung ini lapar . kasihan. diberinya makanan. dan burung itu berlalu pergi.

Pergi dengan kegirangan, kerana makanan yang disuap sebentar tadi , adalah daripada tangan si jelita
Girang , berlagu riang burung kerdil yang compang camping itu , namun jika sebenar , dia adalah burung yang secantik - cantik kejadian. Namun kerap kali dianggap hina , dia dibuang begitu sahaja. disepak begitu sahaja.

Dia hanya burung , meminta suapan.
meminta kasih sayang.
cukup dia disisih.
cukup dia bersendiri.
cukup, cukup dia merasa hodoh.

Sehingga datangnya jelitawan itu , memberi harapan kepadanya untuk berlagu riang kembali. Berterbangan sana sini..Namun terkadang Kegembiraan itu disentap. kerana terkadang jelita itu ada, terkadang tiada. Namun Si burung gagahi diri datang , dan bertenggek juga di tepian tingkap menanti suapan daripada si jelita.

Sehinggalah satu hari , malang tidak berbau , dan tak akan pernah berbau,. Dia pulang dengan penuh rasa kecewa , si jelitawan yang diharap berikan nya makanan tidak keluar, ternyata sudah pindah. dan menjauh daripadanya.

Dengan hati yang hampa , si burung pergi . pergi terbang dengan rasa hiba . Di tengah - tengah hujan. diredahnya. terkelip - kelip matanya menahan panahan hujan , namun digagahi jua.

mencari , mencari ke sini sana.
tidak terjumpa akan nya.

Akhirnya. Penantian dan pencarian si burung berakhir dengan tragis , si burung dilanggar Lori . dan mati dengan "senyuman", "senyuman" yang paling manis dalam mencari erti kesabaran dalam mencari dan menanti. menanti selama tiga tahun. (:

2 comments:

C Zakura's said...

erk ??

Nizam Ash Aziz said...

erkk ? mengapakah syg ? tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati sayang. (:

All time ;