08 May 2011

dibiarkan sahaja.

Terkadang emosi ini di luar kawalan.
Dibiarkan sahaja semua radangan itu terlepas.
Sedar atau tidak , aku dah sakiti orang yang paling aku sayang.
Namun , di riak air muka mereka , aku tahu apa di dalam hati mereka.

Terkadang "tamparan" hebat itu datang ke muka , bertubi - tubi.
Semua nya menampar - nampar emosi .
Logika , hanya fikir dua , marah atau diam sahaja.

Ya , aku tersenyum.
Ya , aku kesedihan.

benar , mereka tersakiti.
salah , kalau aku yang ingin menang.
benar , mereka tersentuh.
salah , kalau aku yang fikir aku sahaja.

Tapi tiada aku mahu hebahkan pada semua.
Bisa sahaja aku tersenyum kerana apa ?
Bisa sahaja aku kesedihan mengapa ?

Terkadang , mulut ini aku tutup rapat-rapat.
Aku diamkan sahaja ,
meski torehan itu tepat pada merah hati.
Aku diamkan sahaja ,

Tiada mahu aku digelar Penakot.
Penakot pada segala kehilangan.
Tiada mahu aku digelar Pengecot.
Pengecot pada emosi "buangan"

Biarlah , melukut di sini sahaja.
Termenung bersahaja.
Tanpa perlu Dijaja - jaja.
ke hulu hilir mahu dibawa - bawa.

dibawa - bawa perasaan ini yang terlalu takot akan pemergian.
dipelawa - pelawa perasaan ini yang terlalu takot akan kehilangan.

Biarlah senyuman ini aku bawa.
bawa sampai nanti aku berhenti bernafas.
Biarlah tangisan ini dalam hati sahaja.
bawa sampai nanti , siramkan bunga di "atas".

di atas pusara.

2 comments:

C Zakura's said...

sayu nye entry ni..:(
btw, cntek header b !! syg suke !! suke, suke, sukee ! ngeeee :D
syg kamu ketat2 !!

Nizam Ash Aziz said...

hehe, chantek ke ? biasa je..sayang kamu jugak ketat2 sayang ! (:

All time ;