16 May 2011

Bunoh aku , aku tak sanggup.


Berdehem , ehem.

Mungkin batuk ini , bisa kali biasa sahaja.
Mungkin diketepikan segala rasa serius yang bakal mendatang.

diketepikan.
dinafikan.

Arus - arus kehidupan yang tajam mendatang, bisa kali ini biasa sahaja.
Di liku - liku kehidupan yang penuh bermacam warna ,dinafikan kebundaran segala.

segala yang api.
segala yang air.
segala yang tajam.
segala yang tumpol.

Ya , aku kalis semuanya.
Ya , tembak aku tepat di hati semuanya.
ya , jika kuat, aku bangun dan berdiri sendirinya.
Ya , Jika bidikan itu telus , aku akan bersemadi selamanya.

Usah , usah ! ya angguk aku meliat daripada tepi pusara.
usah kau taruh bunga itu. Bukan tidak aku mahu.
tetapi aku tidak sewangi itu , untuk mewangi bersama bunga pusara.
Paling tidak , mulia aku bukan dimahu mahu , tetapi dimalu - malu.

Bidik tepat,
tarik picu cepat.
paling - paling aku tenat.
dari terus menunggu , aku penat.

Bunoh sahaja aku !
kelar sahaja hati aku !
Pancung hati aku !
Bunoh , bunoh , bunoh hati aku !

Duktus aku bukan sungai memproses air mata.
Paling tidak , bukan terusan Suez tadahanya.
Senyuman ini hampir terhakis bersahaja.
Aku biarkan sahaja paling tidak orang tahu aku baik - baik sahaja.

Lalu . mari lalu.
Lihat , aku senyum kan.
bukan tersipu - sipu malu.
tapi pasti tahu apa yang cuba sembunyikan kan ?

Mari , watak jahat,
Bunoh aku.
Mari , watak baik,
temani aku.
Mari , Pengabdi hidup.
Tarik Roh aku.
Mari , Dunia yang tenat.
Tidur bersama aku.

p.s : 1:28 pagi , InsyALLAH semuanya baik - baik sahaja selepas aku telan pil 650 dan Sedut Ventolin Inhaler. *senyum*

5 comments:

AntI meDicInE ceNteR said...

nizam nie aku adib..hehe..nice quote la..papehal ade probz just pm me ok..

AntI meDicInE ceNteR said...

nizam nie aku adib..nice quote brai..pape ade probz pm k..u are a good listener braiiii..^_^

C Zakura's said...

i know theres something weird from u, if anything please let me know :(
u know hows much its hurting me if u hiding it..

Nizam Ash Aziz said...

heheh.thanks dib..nice quote ? heheheh..no prob lah.ur welcome to dib. (:

Nizam Ash Aziz said...

everything was fine sayang. (:

All time ;