20 April 2011

Lelaki.


Lelaki , Mimbarnya satu. tiada dua atau tiga.
Lelaki , Bila cinta sejatinya hadir , Kiblatnya satu, tiada dua mahupun tiga.

Lelaki , terkadang marah itu bukan dendam baginya.
Lelaki , terkadang sedih itu bukan simpati tagihnya.

Lelaki , menongkat dagu , merenung jauh mereka.
Lelaki , Tanggunjawab mereka berpikul - pikul.

Hoi! selar hawa .
Hey! selar Wanita .

Lelaki , matanya statik sahaja , apa yang disimpan ?
Lelaki , Ligatnya tidak rancak , mereka diamkan sahaja.

Lelaki , Terkadang dijadikan subjek persepsi negatif - negatif.
Lelaki , Mulutnya herot - herot , mahu menghamburkan sesuatu terkunci.

Ingin dihebahkan pada segenap dunia ,Kalau boleh mahu tiada seinci pun tertinggal dengar.

Aku cucu Adam , tidak semuanya Kaki perempuan.
Aku cucu Adam , tidak semuanya Kaki botol.
Aku cucu Adam , tidak semuanya Kaki poligami.
Aku cucu Adam , tidak semuanya Kaki Pukol.

Lelaki , Cabaran penghujung dunia mereka sambut.
Lelaki , Jangan pandang mereka pada persepsi yang serabut.

Senang , ambil mudah. Bila mana mereka lelaki , mereka akan tetap lelaki. Tetapi tidak semuanya "Durjana" , "Buaya " dan se"kapal" dengannya.

p.s : Boys will be boys. Mens will be Mens .

No comments:

All time ;