12 April 2011

Berjenama puas.

Hari itu , Sibuk Daing berjalan - jalan , Ke hulu ke hilir dia mundar mandir. Entah apa dicari pun tidak tahu. Mahu kata dicari Teman perempuanya , sudah lama dia ditinggalkan teman perempuan nya kerana ..errr katanya daing seorang yang curang.

Si Mikhail yang daripada tadi puas menatap daing, jadi pelik. Puas si Mikhail tatap muka si Daing , entah apa punca Daing dituduh curang . Nak kata si Daing ni Hensem macam Jarik letoh , tidak sama sekali. Nak kata si Daing ni Jambu macam jambu air si Pelakon korea , lagi lah tidak.


Ni namo nya Jarik Letoh. daripada 30 saat ke marikh.


Puas si Mikhail mengaru - garu kepalanya , hendak sahaja mulutnya dibuka. Menanyakan soalan betalu - talu pada si Daing yang daripada tadi mundar mandir. Tapi dia malas, malas . Mahu tidak mahu,  selepas berapa minit mengaru - garu kepala . Mikhail mengalah, dia bertanya jugak pada Daing.

Mikhail : "Daing, kau ini apa pasal ?, mundar mandir macam pak pandir"

*Daing memerhatikan Mikhail dengan muka yang penuh rasa geram dan pelik"

Daing : "Mikhail, aku kan , aku kan. Aku risau !"
Mikhail : "Apa yang kau nak risaukan ni daing?"
Daing : "Kau tengok muka aku.kau tengok ? agak-agak apa aku risau?"
Mikhail : "Ni mesti pasal awek kan ? kan ?"
Daing : "pale hotok mu,lebih kritikal daripada awek"
Mikhail : "Oh, aku lupa kau dah lama sebatang kara"

*Daing memerhatikan Mikhail penoh rasa geram"

Daing : "Kau pernah rasa tak pelempang hikmat yang turun temurun Arwah Atok aku turonkan ?"
Mikhail : "Kalau kau nak bagi aku rasa boleh jugak , Tak pun ke kau yang nak rasa tandukan Hikmat yang Zidane ajar aku, Pening . migrain kepala aku tengok kau mundar mandir."
Daing : "Eh , Garang bebeno kau Mikhail ?"
Mikhail : "Mestilah garang,tengok muka lah"
Diang : "Tengok Muka ? Muka tembok, patotlah."

*Mikhail menyumpah seranah Daing dalam hati*

Mikhail : "Apa masalah kau ni daing ? cuba cerita kat aku ?"
Daing : "Aku malulah nak bagitahu" *sambil tersenyum macam Iklan gigi*
Mikhail : "Kau nak malu dengan aku ?"
Daing : "Mestilah malu Mikhail, aku kan pemalu"
Mikhail : "Sejak bila kau dengan aku pemalu ni ?" *sambil mata terkebil-kebil*
Daing : "Sebenarnya aku..sebenarnya.."
Mikhail : "Sebenarnya apa ? !" *jerit Mikhail*

kerana si Daing jenis melatah orangnya. Terkeluarlah.

Daing : "AKU SEBENARNYA TAKOT,  BAJU , SELUAR JEANS , KASOT JENAMA LELAKI TOP, QUIKPERAK , LABIS JEANS MELEPAS KE TANGAN ORANG LAEN , ALMAKLUMLAH ELAUN KITA TAK MASOK LAGI, NAK-NAK SEKARANG NI TENGAH SALE dekat PAVILION TUH !"


Mikhail melihat Daing , Daing melihat Mikhail dengan senyuman yang macam kerang sedang me"wangi".

Daing : "Maaf ye mikhailll......"
Mikhail : "Setandby ye , karang aku tandok kau macam Zinedine Zidane." 

Tutop kisah di atas , nampak kan ? ada mata tak ?

Dewasa ini. (ok skema pemarkahan BM) , Pakaian jenama menjadi pilihan daripada ke atas sampai ke bawah , daripada bawah sampai ke atas.

Kualiti ? Kepuasan ? Menunjuk ? Nak nampak hensem ? (Hensem ke ? kalau muka dah macam ^$^!@#*%! tetap macam !^#!%%@ tidak payah nak perasan Korea ke , Jambu ke ? ok ? , Maaf terlalu sarkastik , cuma aku meluat.) . 

Baik , Sekarang aku masok Shopping Mall,  Ke hulur hilir, Kenal apa itu maksud Mat "ramp-it" ? , ya mereka pun dah pandai berjenama sekarang , bila aku masuk je kedai LELAKI TOP , aku akan nampak kelibat "mereka" . Ok , tak kesah lah Mereka nak bergaya mahal sikit kan. Cuma korang dengar heh ?

Mat Salleh berkata pada Minah Salleh

Mat Salleh : "Whats wrong with that kid, ? wearing a Ray-ban in a mall ? "

Mungkin kalau rempitters tu paham dia akan cakap .

Rempitters : "Becoh (because) , saya akan nampok lebih cool. sejok.dok gitu ?"

*ok aku meluat orang macam ni*

Ya , aku mengaku , aku jenis berjenama orangnya , cuma aku lihatnya dari sudut kepuasan dan ketahanan lasaknya . Tiada lah beli sekejap dah koyak , repot dan sebagainya.

Ya , memang aku dimanjakan dengan pakai berjenama daripada kecil . Ya , aku rindu Kiko , Kiki Lala , Cheetah , Warner Bros , Disney For kids dan juga Boot timberland Kids yang entah ke mana Cik rose (Mak) campak. Aku sangat - sangat rindu. -.-

Sudah , aku malas menaip banyak , takot terlebih sarkastik.

p.s : Apa fungsi Ray-ban tu ? -.-

No comments:

All time ;