16 March 2011

Tanya Kenapa , jangan.

Pagi itu , matahari tegak . Naik betul - betul atas kepala. Alif dan Atan berborak - borak kosong , isinya tak ubah macam tin kosong , tiada berisi langsung . Paling tidak , bukan Rancangan Malaysia yang ke 11 mereka bincangkan . Bukan juga pandangan masa hadapan , Biarpun sekarang ini mereka berhadapan sesama sendiri .

Enak mereka berbual , tidak berkelip mata kuyu si Alif mendengar dongengan si Atan . Melopong .

" Lip , Aku ingat nanti bila dah banyak duit kan . Aku nak buka kandang kambing . Aku nak buka semua yang boleh dibuka lah . Lepas itu bila aku dah kaya aku nak Kahwin dengan model macam Amber Chia "

Bertambah besar kuyu mata si Alif mendengar . Tepian jalan itu tidak pernah lengang daripada ditemani "suara - suara " kereta dan motor yang lalu lalang.

Kemudian Alif Membuka Helaian kertas yang bercetak dan bergambar , atau senang difahami surat khabar. Satu persatu diselak , tertunduk , ternaik kepalanya membelek - belek Surat khabar .

Terkumat - kamit bukaan mulut Alif , dan..

"Ikan Haruan , Yang berbintik tiga di sisiknya amat diperlukan sangat untuk tujuan perubatan , Harganya boleh mencecah sehingga belasan ribu. " , Bukaan mulut Alif tadi meluahkan apa yang dibaca.

Atan , bingkas bangun .

"Alif ! apa lagi . Buluh yang selalu kita buat mancing tu mana ? " , Kelam kabut si Atan. Macam orang nampak hantu. Paling tidak bagai babak dalam cerita Ju - On di mana Anak kecil warna biru yang seram itu turun daripada tangga .

Langkah seribu mereka ke Sungai konon - konon lui .

Si Atan terus mencangkung sambil merenung muka Alif . Alif pelik melihat Atan . Atan Pelik melihat gaya Alif melihatnya.

Petang itu , Awan berkejar - kejaran . Tiada tanda - tanda titis hujan akan jatuh menyembah bumi. Daun - daun sibuk menari - nari di samping tiupan angin petang yang suram itu.

Tiba - tiba Buluh runcing yang dijadikan Pancing oleh Atan disentap sesuatu. Atan bingkas bangun sepantas kilat , paling tidak di dalam hatinya meneka dengan penuh seribu satu rasa gelojoh.

"Ikan Haruan !"

Atan menjerit kepada Alif.

"Ikan Haruan ?!" , Balas Alif kepada Atan.

"Jadi apa kena mengena Ikan Haruan dengan kita?"

"A ah, ye tak ye kan" Balas Atan.

"Tapi kenapa pelik semacam , ada bintik tiga , Kau pernah nampak ikan haruan macam ni tak Alif ? " Tanya Atan dengan penuh seribu satu rasa ingin tahu bercampur dengan perasaan ingin tahu yang macam kiub rubik.

"Alah,ikan ni kan yang masuk dalam surat khabar tadi?" Balas Alif.

"Tapi kenapa aku rasa macam ada tak kena ya ?" Tanya Atan sekali lagi.

"Alah,biasalah Haruan ni kan ada macam - macam jenis , Lepaskan sahaja lah ikan tu Atan, Kesian dia. Entah - entah ibu dia tengah cari dia" Balas Alif.

"A ah , betul - betul baik aku lepaskan, Mak aku cakap tak elok  tau Tangkap ikan yang kecil lagi " Balas Si Atan penuh rasa yakin.

Kemudian Ikan Haruan itu dilepaskan . Seraya itu mereka terus bingkas pulang ke rumah masing - masing. Hari semakin senja , Bunyi - bunyian unggas menemani Perbualan mereka berdua.

Semasa perjalanan pulang , mereka Terserempak dengan Pak Harun.

Atan mengangkat tangan dan menegur Pak Harun. Pak harun hanya tersenyum melihat gelagat Atan.

Dan tiba - tiba ...

"PAK HARUN ! SURAT KHABAR ! ANAK HARUAN BINTIK TIGA ! " jerit Atan


Alif lihat Atan dengan penuh rasa pelik. Atan kemudian diam kembali. Atan menggaru - garu kepalanya. Alif Terlopong melihat Atan yang tiba - tiba seperti diserang sawan Khinzir.

"Kenapa kau ni ? tiba - tiba je ? " Tanya Alif.

"Entah , aku rasa macam ada tak kena je. " Sambil buat muka pelik nya.

Setiba di persimpangan jalan . Mereka berpecah , membawa haluan masing - masing.

"Kedebusshhh" bunyi air basuhan yang Atan Simbahkan ke atas kakinya yang penuh dengan lumpur sungai konon - konon lui tadi.

Kemudian dia terus melangkah menjejaki anak tangga. Satu persatu langkahnya disusun , Serentak itu Satu persatu timbul di minda nya. Apa kena mengena "Anak Ikan Haruan bintik tiga , Pak Harun , Surat khabar "

Selesai anak tangga di tawan derapan kaki Atan , Terdengar pekikan Kaum hawa yang pertengahan umur.

"ATTTTTTTANNNNNNNNN! , KE MANA KAU PERGI SATU HARI NI ? SAMPAI KASUT SEKOLAH PUN KAU TAK BASUH !"

Atan kemudian berbisik dalam hati , "Oh ye ! aku lupa nak basuh kasut sekolah ! patotlah rasa lain macam je!"

p.s ; Jangan tanya kenapa mereka "Blur".

1 comment:

C Zakura's said...

wah !! suda kembali dia ke dunia blogging ~~ ^^"

All time ;