15 February 2011

Untuk Chenta . (:

Khas untuk chenta.
tak panjang . kurang padat.
tapi ini ikhlas . ini jujor.

Chenta ,
saya tak perlu sebuah cerpen yang panjang.
untuk lakar dan coretkan betapa lamanya saya menunggu awak.

Chenta ,
saya tak perlukan diari , cukup kalendar yang kusam.
untuk saya simbolik kan betapa setia saya menunggu.


Chenta ,
saya tak perlu sebuah puisi yang puitis dan indah.
untuk saya nyatakan rasa sayang saya pada awak.

Chenta ,
saya tak perlu khabarkan yang bintang malam itu terang.
jika cinta yang chenta berikan sudah cukup terang bagi saya.

Chenta ,
Biarlah seribu satu mata tajam yang memandang awak.
Saya tetap setia menjadi satu mata dalam seribu itu untuk sentiasa melihat anugerah istimewa yang Esa berikan saya.

Chenta ,
Jika dalam manapun sungai Amazon , dan segarang manapun piranha yang menghuni
saya tetap "keras" hati berenang ke dasar mencari hati awak, yang dijaga seribu satu "piranha" yang tajam giginya .

Chenta ,
Saya tak perlu berteman dengan angin malam yang dingin,
jika mana , setiap saat tenungan mata saya ke kertasdinding telefon bimbit ini mampu menyamankan saya.

Chenta ,
Saya tak perlukan cahaya indah bulan di kali air.
bila mana , renungan mata awak mampu buat saya cair seperti "cokelat"

Chenta ,
Saya tak perlukan makcik yang menilik nasib dengan card tarot mengatakan betapa bertuahnya saya.
bila mana , tuah itu bukan dari card tarot , melainkan daripada awak.

Chenta ,
Jika ruangan kosong bersudut daripada segala segi mampu mengemakan setiap bunyian.
saya tak perlu itu , kerana cukup saya gemakan yang saya "cinta" awak dalam hati saya.

Chenta ,
Biarpun seagung mana kisah cinta Taj mahal antara Shah Jehan Kepada Mumtaz nya.
saya tetap simpan dan ia tiada sekali mengugat agung cinta dan kasih daripada awak Chenta.

Chenta ,
Jika hujung dunia itu jauh sekalipun tak terjumpai saya.
Saya tetap mahu digelar "Christopher Columbus" kedua untuk mencarinya , Bila mana, hati awak terletak di hujung dunia.

Chenta ,
saya tak perlu hitung dengan jari betapa kadar ketebalan setiap satu warna dalam tujuh warna pelangi.
Bila mana saya hanya perlu tahu betapa tebalnya kasih awak pada saya.

Chenta ,
Saya tak perlu berperang lagi dengan masa dan waktu.
kerana apa yang saya hadapi sekarang bukan lagi tentera waktu mahupun jeneral masa.

Chenta ,
jika perlu saya coretkan penantian saya selama 3 tahun.
saya hanya perlukan tiga sahaja perkataan untuk 300 ribu muka surat dalam cerpen itu.


"Saya Cinta Awak"


 

4 comments:

C Zakura's said...

bertapa saya hargai apa yang awak da buat untuk saya skrg ni.. :) dan saya nak senyuman awak xkan lekang dari wajah awak lagi untuk hari-hari kita nanti..

Nizam Ash Aziz said...

insyALLAH awak. Awak memang tercipta untuk saya. :)

Nurdiana F said...

untuk yang ni , tumbs up!
makan dalam :((

Nizam Ash Aziz said...

makan dalam ye ? tak sangka. hehe
thanks btw Nurdiana F. (:

All time ;