20 January 2011

Saya suka awak , biarpun awak tak suka saya. Part I : Cinta Si Ulat Buku.


 Image Source : Ikraww devianArt

"KRINNNNNGGGGGGGG!" ,

Aaron : " Ah, ! si*l punya jam ! tak boleh tengok aku tidur senang langsung !"

Aaron bingkas bangun , selimut purple nya dicampakkan sahaja ke tepi , niat di hati malas dia mahu ke bilik air dan mandi , mahu sahaja dia terus sarungkan uniform sekolah menengahnya . memandangkan dia seorang yang sangat bergaya , diketepikan rasa malas itu bagi mengekalkan tahap kepopularan nya di sekolah .

Dato ' Azizi : "Aaron , won't you take your breakfast before go to school ?"
Aaron : " Papa , im already late papa. nanti ar makan kat sekolah ok ?"

Sepantas kilat Aaron memakai kasut Supra limited edition nya yang baru dibeli semalam . Meski baru dibeli , putih Supra itu sudah tercalit tanah ,

Aaron : " ah , ini pasti kerja si mamamia, "

*mamamia , kucing belaan papa aaron*

*VRRRROOOOOOMMM*





Kedengaran bingit ekzos Superbike Aaron , AAR 888 , Jenama Ducati , hasil pemberian Dato Azizi kepada Aaron kerana kecemerlangan Aaron dalam pelajaran dan sukan .

Datin Rose : " tengoklah tu , Like father like son , tak tumpah macam papa nya, superbike maniac"
Dato ' Azizi : "ah ,Biarlah , awak apa tahu , dia anak saya." *ketawa*

------------------------------------------------------------------------------

Setibanya Aaron di sekolah , dia disambut dengan penuh jeling - jelingan dari gadis - gadis sekolah nya , ternyata Aaron seorang yang sangat popular , apa tidak , dia mempunyai segala - segalanya .

kekayaan , rupa yang saling tak tumpah seperti pelakon drama korea , Bakat dalam sukan dan juga pelajaran , namun , ada yang kurang pada pakej Aaron , Aaron seorang yang sangat degil , cakap lah apa sahaja , dia tidak akan endahkan . Apa yang dimahu pasti dapat .

Cikgu Niza : "Aaron , awak lambat lagi ? apa nak jadi dengan awak ni ?
Aaron : "saya jadi apa ? saya jadi manusia lah.jadi apa lagi cikgu ?'
Cikgu Niza: "Hish , melawan je kerja awak kan ?"
Aaron : "Alah , cikgu saya bergurau manja sahajalah , janganlah marah" *sambil mengenyit mata ke arah cikgu niza*

Bergema seluruh dengan gelak ketawa melihat gelagat Cikgu Niza dan keras kepala si Aaron.

Tetapi , dalam keriuhan itu , ada seorang sahaja gadis yang senyap , hanya memerhatikan gelagat sejagat kelas, . Siti . Siti Nurlisa binti Dato ' Zachary

Ya , Dia gadis yang sangat misteri , senyap , jarang - jarang dapat didengar suara nya , Jika dapat didengar suaranya , pasti rekod sekelas dapat dipecahkan , kerana dia bersuara.

-----------------------------------------------------------------------------------

"KRINNNNGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!"

Alish : "Aaron ! jom pergi melantak ! aku dah lapar gila !"
Aaron : "ah ,kejaplah , kunci motor aku tertinggal lah"

Aaron berlari anak menuju kembali ke kelas mendapatkan kunci motornya.

Aaron : " Alamak , mana pulak kunci motor aku ni , siapa pula ,ambil "

ke hulu - ke hilir dicari kuncinya , namun tidak dijumpai .Aaron mula gusar. Namun tiba - tiba kedengaran suara manja daripada arah belakangnya.

Aaron : " ye saya !" *dengan nada terperanjat sambil terbeliak melihat apa yang sedang berhadapan dengan nya sekarang.

Siti : " ini kunci awak , terjatuh tadi ? "

Aaron : " Terima kasih! ," sambil ternganga mulot Aaron. Dia tida menyangka yang suara didengar dan apa yang dia berhadapan tadi adalah siti , siti si nerd yang misteri.

Siti , berlalu pergi daripada situ ,

Aaron : "awak tak pergi makan ke siti ?"

Siti hanya mengelengkan kepalanya. Tanda yang dia tidak ke kantin.

-----------------------------------------------------------------------------
Di kantin .

Alish : " kau ni dah kenapa ? , aku tengok daripada tadi melopong je , nasib baik lalat tak masuk mulut kau ?"

Aaron : " ish, aku takut ! tak percaya pun ada !,tahu kenapa ? bagi aku siti si nerd tu kan lawa ! suara dia korang pernah dengar ?"

Yasir : " tak pernah , dia uh misteri gila lah"

Aaron : "Ahah ! kau rugi beb! suara dia , pehh ! "

Alish " Eh , kejap - kejap , cara kau cakap ni ,macam kau dah ada hati kat si siti misteri tu je ?"

Aaron : "eh , taklah , mana ada , layak ke dia dengan aku ? layak ? tak kan ? " *ketawa berseloroh*

-----------------------------------------------------------------

Kuning malam itu , terang disuluh sinar cahaya si bulan .

Datin Rohani : " Siti , mari minum air yang mama buatkan ni , kenapa termenung je anak mama ni?"

Siti : " tiada apa apalah mama , saja tengok bintang." *tersenyum"

Datin Rohani : " ada apa - apa ke anak mama ni ? "

Siti : " Mama , macam mana mama berkasih dengan papa dahulu ?"

Datin Rohani : " ai ,kenapa tiba - tiba tanya macam itu ?"

Siti : " takde papelah mama ," *tersenyum dengan comel*

Siti : " Mama, takde orang ke nak dekat siti ? siti nak rasa juga bercinta , siti selalu lihat tengok dalam filem , syoknya diaorang bercinta , bahagia , siti nak macam diaorang. Siti pun ada suka seorang budak dalam kelas siti ni taw, dia hensem tapi siti rasa tak layak dengan dia" *bercerita dengan penuh semangat*

Datin rohani kemudian menceritkan perihal cinta Dia bersama Dato ' Zackry ayah siti ,

Datin Rohani : " masa papa dekat kolej dahulu...." tiba - tiba terhenti penceritaan Datin Rohani.

"Hurmm , tertidur sudah anak mama yang sorang ni , jangan risau , siti cantik , siti comel , pasti ada orang mahu dengan siti " bisik Datin Rohani *sambil mengusap - usap dahi puterinya itu .*

Datin Rohani : "Selamat malam puteri mama" *sambil mengucup dahi siti*

"kreekkkk' pintu bilik siti ditutup..

--------------------------------------------------------------------------------------

MAMA !

jerit Aaron mencari kasutnya ,

Aaron : "Mama mana kasut ar , ar dah lambat nieh !"

Dalam hatinya , tak lain tak bukan , pasti kerja si parsi mammamia.

Datin Rose : "Kasut kamu mama dah buang ! kotor sangat ok !"

Aaron : " Whattt?!"

Datin Rose : "Kasut kamu dah macam belacan ok, esok mama bagi duit beli baru ok !?"

Aaron : "Mamaaaaaa, membazir you know ? mama ni kan "

Aaron terus menyarung kasut baru Nike limited edition hasil pemberian Sepupunya daripada New Zealand.

Aaron : " Mama , saya pergi dulu ok! "

--------------------------------------------------------------------------

"DAAAAANNNNNNNGGGGGGGGG!"

kedengaran bunyi pintu kuat berdentam !

Cikgu Niza " Ok , saya rasa awak tahu yang awak sekarang dah ?"

Aaron : "ye, dah lambat saya tahu"

Cikgu Niza : "Apa nak jadi awak ni aaron ? ish" *mengeluh panjang*

Aaron , hanya tertunduk bisu , dia berjalan ke tempatnya .

"KEETTAAKK" , pensil Aaron terjatuh daripada genggamannya.

Dia menunduk dan mengambil pensil , sambil matanya menjeling ke arah belakang ,

Aaron : " Oh, god , cantiknya siti" *bisik Aaron*

"Ah , apa kau merepek ni Aaron , budak macam tu kau suka" *Aaron berbisik melawan perasaan*

--------------------------------------------------------------------------

"Ketakk ! Ketakkk! "

Aaron : " Ahhh ! another suwey ! tak kanlah nak rosak this time ! please lah !"

aaron cuba berkali - kali menghidupkan motornya , namun gagal. Ternyata dia buntu , mati akalnya ,Tidak mampu untuk berfikir . Seraya itu dia mengeluarkan BlackBerry Torch nya,.

Aaron : " Papa, Motor Ar buat hal lagi"
Dato' Azizi : "Ar , im busy rite now, ty papa call mechanic ok,At your school rite ?"
Aaron : "Papa, oh come on , siapa nak ambil Ar , pak atan ambil mama pergi meeting dia , Ar punya wallet tertinggal dekat rumah.so.. ?"

belum sempat Aaron menghabiskan ayat nya , Dato azizi teros mengantung panggilan ,Mungkin kerana terlalu busy dengan meeting nya.

Aaron : "papa, meeting !,meeting !meeting !!tu je dia tahu !" *bisik hati Aaron*

Di dalam benak Ar cuma satu sahaja , berjalan kaki ,

Aaron : "Ah, beratnya aku nak jalan ! sh*t!"

tiba - tiba berhenti sebuah kereta Chevy berwarna merah di sebelahnya .

Datin Rohani : " Awak, Aaron ye ? anak Datin Rose ya ?"
Aaron : "Ye saya aunty , kenapa ?"

Namun apa yang buat aaron berfikir ligat adalah , kenapa siti ada di sebelah Datin Rohani.

Datin Rohani : "Aaron , aunty kawan dengan mak awak actually , awak tak pernah nampak aunty ke ?"
Aaron : "Nampak aunty ? tak pernah pun ?"
Datin Rohani : "Oh , lupa orang macam awak jarang berada di rumah , Oh pasti awak kenal siapa dengan saya ni kan Aaron ?I mean sebelah aunty ni?
Aaron : "Mestilah kenal , saya dengan dia sekelas aunty"
Datin Rohani : "This is my daughter aaron , siti , dia selalu bermain dengan aaron sewaktu kecil , aaron tak ingat ke ?"

Aaron melopong , sambil fikiranya melayang - layang .

Aaron : "yeke aunty?!"

Aaron memutar kembali semua memori , dia teringat akan peristiwa itu , ternyata dia benci akan siti , namun rasa benci itu terhenti.

Aaron memerhatikan cermin sisi di hadapan , ternyata siti sangat lawa orangnya jika tidak bersembunyi di sebalik imej ulat buku nya.

Aaron : "Cantik juga , minah misteri ni , tak sangka dia berkawan sejak daripada kecil dengan aku" *bisik hati Aaron* "Ah , come on aaron dia bukan taste kau , sekali lagi aaron cuba melawan perasaanya."

------------------------------------------------------------------------
Aaron : "Terima kasih aunty!"

"TAKKKKKK" , kedengaran bunyi pintu kereta ditutup. Aaron berjalan masuk ke rumah.
 Terus menuju bilik nya . Dia membaringkan kepala , memikirkan perasaan suka yang dia simpan pada siti , namun dia pelik , dia terus - terusan menafikan nya.

Aaron : "Ah ! aku tak akan suka dia!never! dia tuh ulat buku! " *jerit hari kecil Aaron*

Namun , tidak dinafikan yang Aaron sangat suka pada siti , sejak gadis misteri itu menegurnya dengan suara yang agak manja kelmarin. Aaron melayang - melayang memikirkan kembali peristiwa itu.

Ternyata dia angau akan siti , gadis yang paling dia benci, kerana ........

----------------------------------------------------------------------------

Siti : "Wekkk, ar tak malu dah besar baru nak sunat" *sambl menjelirkan lidah*
Aaron : "ah , biarlah ! siti apa tahu !"
Siti : "tak malu , tak malu , mata dahlah sepet"

Aaron mengejar siti dengan laju , dan kerana panik.

Siti mengambil batu , dan membaling ke Aaron, namun  terarah ke sarang tebuan. dan...

Aaron : "MMAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!"

Hasilnya Aaron bentan dan Aaron dipersalahkan kerana mengejar Siti.

Selepas peristiwa itu , Aaron jarang bertemu dengan siti mahupun Datin rohani ibu kepada Siti.

Sehinggalah Petang tadi ,  Baru dia sedar Siti yang selama ini misteri , adalah siti si ulat buku. Yang pernah buat dia menderita bentan .

Ketawa sendirian Aaron mengenangkan peristiwa itu. Tiba - Tiba.

Dato Azizi : " Ai, ketawa senyum sorang - sorang nampak?"
Aaron : " Ni semua papa punya pasal , sebab papa lah Aaron kena jumpa si mata empat tu lagi , I hate her ok !"
Dato Azizi : " Hate ? haha , orang yang paling kamu suka kacau masa kecil - kecil dulu , orang kamu paling hate ?"
Aaron : " Yes ! I do hate her! , so much! ,sebab dia tebuan buat bekas kat tut Aaron!"

Dato Azizi tergelak . Datin Rose mencelah.

Datin Rose : "eh ,dah cukup baik mama suruh Datin Rohani dan Siti ambil kamu , entah - entah siti rindu Ar."
Aaron : " Mama , can you stop mention her name ? or i'll die.?"
Datin Rose : "yelah , yelah ." *sambil tersenyum sinis*

-----------------------------------------------------------------

Pagi itu indah tersenyum , bagai memahami perasaan Aaron yang sedang angau ,tapi menafi - nafikan segalanya yang dia suka siti .

Cikgu Lia : " OK , kelas , saya ada murid baru untuk kenalkan kat awak semua"

Tiba - tiba , jelmaan bidadari putih melepak berdiri di depan kelas ,

Melisa : " Hello , nama saya melisa , dan saya kurang fasih berbahasa melayu , mintak maaf ya"

melopong Aaron melihat Melisa , ternyata Hati Aaron dipanah , tepat.

Melisa berjalan perlahan - perlahan  menuju tempat kosong di sebelah Aaron. Aaron Melihat tanpa kelipan , Melisa tersenyum melihat gelagat Aaron. Aaron dengan Pantas membalas senyuman Melisa .

Cikgu Lia : "OK , baik aaron cukup - cukup awak berangan ok?"
Aaron : "eh, mana ada cikgu , saya tak berangan , saya tengah kira burung kat luar tuh,lawa - lawa "

Dari sudut lain , Siti memerhatikan Aaron , Hati dia sedikit tersentuh pabila melihat Aaron tidak kelip - kelip memandang Melisa , Dia sedar dia hanya ulat buku yang suka pada Ulat eksotik yang mahal harganya.

----------------------------------------------------------------

Aaron : " Kak ! sirap tak nak warna merah satu ye !"

tiba - tiba kedengaran suara kecil ketawa di belakangnya ,Aaron mengalihkan pandangan nya ke belakang , ternyata melisa di belakangnya .

Aaron : "Oh, Hai Melisa ! " *sambil tersenyum dengan mata sepet*
Melisa : "Hai CIK SEPET." *sambil membalas senyuman Aaron*

Melisa : "kak, bagi saya sirap tak nak warna merah jugak ye" *sambil ketawa berseloroh*

---------------------------------------------------------------------

Hari , berganti hari , minggu berganti minggu . Hubungan Melisa dengan Aaron kelihatan sangat rapat , sehinggalah mereka digelar Pasangan paling secocok di sekolah mereka.

Kemana Aaron pergi , di situ pasti ada Aaron. Namun bisik hati kecil Aaron.

Aaron : " kenapa aku perlu tipu hati aku ? sedangkan aku suka Siti'

Apakah , aku memandang pada rupa Melisa ? sehingga aku lupa yang aku pernah terjatuh hati pada siti , berbisik lagi hati kecil Aaron.

Aaron : "Ah, abaikan , apa ada pada si siti tu aaron ? tiada apa - apa , melainkan dia yang buat kau bentan" *bisik hati Aaron*

----------------------------------------------------------------------

Malam itu bulan suram , tiada cahaya pekat memancar dari kuning si bulan.

Datin Rohani : " Puteri mama , kenapa tidak tidur lagi ?"
Siti : "Belum mengantuk lagi mama."
Datin Rohani : "lah kenapa ni sayang , macam ada something je ?"
Siti: " Actually mama , siti suka dekat Aaron, but i have nothing mama than budak baru melisa tuh"
Datin Rohani : " Dear Siti sayang , I do believe you have your own attraction ok sayang ?"
Siti : "Tapi di mana tarikan siti mama ? , di mana ?"
Datin Rohani : "Sayang , kalau Sayang tahu siapa Rohani si ulat buku masa dahulu, pasti Kamu kenal siapa lelaki yang berjaya menambat hatinya , bukan calang - calang orang , Dato Zachary , ayah kamu , orang paling popular di kolej mama dahulu , sedangkan mama apa ada ? jadi mama need sangat perubahan that time"

Datin Rohani : " Ish , budak ni , pantang bercerita pasti tertidur ,"

Datin Rohani , mengucup dahi Siti dan berlalu keluar.

Siti bingkas membuka matanya kembali.ternyata dia tidur tidur ayam
Siti : " Saya tidak tidur lagi mama , but changes ? what kind of changes ? " *siti terfikir*

----------------------------------------------------------------------------------

"WOW!"

Alish : " minah korea mana sesat nieh!"

Aaron melopong lagi , bisiknya dalam hati

Aaron : "Minah Kbs mana sesat sini ni?"

Aaron : "hey awak budak baru ke ?"

Siti : "tak kenal saya ke ? , Siti , Siti ulat buku ?"

Aaron : "Whatehhh.."

Ternyata , dengan bantuan Sepupu Siti daripada Australia, banyak membantu Siti dari segi imej barunya , Masa yang diperlukan hanya dua hari sahaja untuk mengubah Siti daripada seorang ulat buku kepada super something. 

Alish : "betol ke apa aku tengok ni Ar ?"
Aaron : "Alah , nerd tetap nerd ok?'

Siti mendengarnya , terasa terguris . namun dia ingat pesanan ..

Zalikha : "Siti , tolong jangan beri discount pada si Aaron ok? Jual mahal ok ?"

Teringat pesanan Zalikha itu , Siti Membiarkan sahaja apa yang diperkatakan Aaron .

--------------------------------------------------------------------------

Part II

p.s ; Bersambung .

No comments:

All time ;