27 January 2011

Etika dan Cinta.

Ok , entry kali ini diambil bulat - bulat daripada Majalah Maskulin , bukan apa . Sekadar ingin berkongsi sahaja. :)


menanti dan terus menanti. :)

Jatuh Cinta ? bagi saya ianya sangat lumrah , sangat - sangat lumrah dalam kehidupan. Ada cinta yang hanya dipendam buat pekasam , dan ada yang tidak tahu cara untuk meluahkanya.

Adalah sangat janggal dan cacat jika dalam pertemuan pertama kali , anda sudah mengucapkan sebegini



"Aku cinta padamu" tak pun "Aku suka padamu" -.-

Jika anda lelaki , baru sahaja mengenali seseorang gadis , dan anda suka padanya, jangan terburu - buru ok ? tak gentleman lah ok ? Hantar Mesej ? Bagi Hadiah ? sebelum mesej , sebelum hadiah , anda perlu tahu Etika untuk luahkan cinta ye sang jantan ? :)

1. Beri Masa - Sebelum meluahkan kata cinta , beri peluang kepada diri anda dan juga si dia untuk mengenali diri masing - masing. Mungkin ketika keluar bersama rakan - rakan atau melakukan tugasan bersama adalah detik terbaik untuk anda menonjolkan diri. WARNING , jangan pula Over dan Desperate !

2. 'Baca' Si Dia - Bukan Sahaja melalui perbuatan , anda juga perlu membaca gerak bahasa badan dan renungannya untuk mengetahui sama ada dia menyukai anda atau tidak . Sekiranya dia asyik menjauhkan diri bila bertemu kamu , maka bolehlah diketahui untuk permulaan ini yang si gadis kurang selesa dengan anda . Andai dia suka malah sering berbalas - balas sms maka anda sudah berada di landasan yang betul ! kalau sebaliknya ? faham - faham sahaja lah ok kawan ? :)

3. Kesempatan - Jangan lepaskan setiap kesempatan yang ada untuk mengajaknya keluar bersama. Kadang kala detik itu hanya datang sekali dan jika anda membiarkan sahaja mungkin peluang itu tidak akan datang kembali. Berjalan bersama menemani gadis ketika melangkah menuju ke parkir kereta juga satu yang baik dalam memberi tanda yang anda menyukainya.

4. Buka Ruang Cinta - Untuk menyintai dan menyukai seseorang, anda juga perlu membuka ruang cinta dalam diri. Ini akan menjadikan supaya keduanya lebih faham tentang isi hati masing - masing dan keinginan masing - masing, Sebagai contoh ceritalah kisah - kisah lucu anda dan si Dia , Cita - Cita , atau apa sahaja yang boleh menjadikan hubungan lebih serius. Ini adalah penting untuk membina kepercayaan di antara keduanya , sekaligus adakah si gadis merupakan pilihan yang tepat untuk anda ? Ini boleh diketahui daripada sumber yang dikurniakan Tuhan iaitu hati anda , adakah si gadis serasi atau tidak ?

5. Alasan Tepat - Adalah penting untuk mengetahui kenapa anda jatuh cinta kepada si dia ? Apa yang ada pada si Dia sehingga membuat anda terpesona ? Nilai seperti bentuk badan , gaya berpakaian , dan sebarang elemen fizikal yang lain adalah lebih kepada nafsu semata . Manakala , Jika Terpesona dan memilih kerana si gadis seorang yang baik , berperwatakan baik, mengambil berat, dan elok budi bahasa maka ia akan hadir dalam nilai cinta yang sejati. Kelakuan anda sendiri yang akan menentukan apa niat yang sebenar. :)

6. Luahkan -  Perlu berani untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam kepada si Dia . Sudah pasti tiada pihak yang akan mengetahui perasaan cinta itu jika anda hanya memendam rasa, Luahkan dengan cara yang paling sederhana di tempat dan masa yang sesuai . Jangan terburu - buru okay ??

7. Yakin - Yakin dalam diri akan perkataan dan tindakan anda. Ini akan melihatkan anda membuat keputusan yang berani dan bertindak dengan lebih matang dan dewasa. :)


p.s E cakap : "kau layak jadi single of the year!" -.-

No comments:

All time ;