08 January 2011

biar rasa itu mati.

Entahlah.
biarlah.

biar rasa itu mati.
kata si bibir merah.

hiraukanlah.
biarlah.

engkau tiada layak.
bebel isi hati si bibir merah.

lepaskan rasa itu pergi.
jangan biar ia bermain lagi.

engkau kejar bayang - bayang.

iya, bayang - bayang.

bukan layang - layang .
bila rasa itu hilang, kau boleh tarik kembali talinya.

biarlah aku bertepuk sebelah tangan.
biarlah hati aku kata jangan.

tampar sendiri pipi kau.
kau ngigau, kau bermimpi.

tapi,mimpi itu indah.

biarlah rasa itu hilang sedikit demi sedikit.
aku mungkin tidak layak untuk "semua"nya.

"biarlah peristiwa dahulu mencatit pahit dalam benak.
biarlah rasa ingin memiliki jadi satu mimpi."

biarlah aku dibuang demi rasa itu.
biarlah aku dicampak jauh sebab rasa itu.
biarlah aku tidak tahu malu kerana rasa itu,
biarlah aku sendiri simpan rasa itu.

p.s ; jiwang tak tentu pasal . hehe

No comments:

All time ;