14 January 2011

Beliung kejar , jangan lari.


dashyat beliung itu kejar.
tapi cuba  hentikan larian ,jangan lari,berhenti di situ !

biarkan ia mengejar terus terusan.
jangan kau terus berlari dalam ketakutan yang kau sendiri cipta.

buang jauh sampai Hujung dunia yang tak tegapai rasa ketakutan itu.
tanam sedalam dalam Lautan biru paling dalam rasa keberanian itu.

Lari terus ke hadapan.ini bukan papan balapan.
Jangan pandang belakang.Ini bukan masa untuk duduk terkangkang.

Usah, Toleh apa di belakang lagi.
Usai , Semua yang tak mampu berbahagi.

meski tertoreh pipi akan derasnya beliung angin.
biarkan sahaja , selagi tidak tertoreh merah si hati.

meski duktus mata mengalirkan deras laju manik jernih.
gagahkan sahaja, selagi tidak buta mata mengelodak keruhan menjadi jernih.

biar bayang hitam itu selubung diri.
biar rasa racun naluri memakan hati.
tegapkan segala kemahuan diri yang disimpan rapi.
jangan kau cuba jadi pelakon terhebat yang disolek rapi.

"Pelakon terhebat, yang disolek rapi dengan penuh rasa kesepian. kesunyian , Kemarahan , Kekecewaan.
Anugerahnya , Bukan Oskar mahupun Tercalon di dalam mana - mana.
Anugerahnya, Kau akan jadi pelakon terhebat yang kau sendiri arah Pengolahan Ceritanya."

Image Source : PakistanNewsTime


p.s ; Time Goes by. (:

2 comments:

EwaFiwa said...

be strong nizam ! ;)

Nizam Ash Aziz said...

always strong ewa ! (:

All time ;