19 January 2011

angin sahaja itu ,


mendung awan itu gelap.
hadirkan seribu satu rasa yang buat aku terlelap. 
mungkin kali ini aku tidak silap.
mungkin tiada lagi tangisan yang perlu di lap.

percaya atau tidak?
aku tiada berani untuk menipu.
percaya atau tidak ?
aku rasa sendiri tersipu - sipu.

tak tahu malu , tiada mengerti maksud malu.
mungkin kalau biarkan sahaja aku bersama - sama monyet di kandangnya , aku masih tidak tunjuk riak malu.
masih aku pilih merak , ekornya cantik , riak sombong konon kembang ekor tidak tahu malu.
Konon aku yang cantik , aku yang terbaik , biar semua lihat aku , saling tiada tumpah macam pohon semalu.

bila mata tertancap pada aku , aku megah .
bila jari menyentuh aku , aku lemah.

dulu aku tak perlu menjadi patung yang digerakan mulut untuk tersenyum.
tapi biar perkara dahulu itu , aku simpan , simpan mahupun buang jauh - jauh.
sekarang aku biarkan sahaja diri menjadi patung , tergerak mulut mencalit senyuman.
tapi apa erti di sebalik setiap senyuman aku , mahu sahaja aku buang jauh - jauh.

buang rasa hipokrit.
ah , memang aku hipokrit.

pernah tidak , telinga ini senantiasa mendengar , "saya bahagia jika awak bahagia"
bahagiakah engkau , engkau dan engkau ? jika bahagia itu dilepaskan tanpa sebarang usaha.
usaha bagaikan kau di hujung dunia. Di mana semangat lahiriah kau kurnia.
tidak rugi secalit air liur pun , jika apa yang dijerit kuat - kuat itu didengar semua.

Jerit bagai kau teratas .
dingin Everest itu kau berjaya tawan.
Kejar bagai kau jejak peta Atlas.
di mana jejak kaki kau tinggal penuh menawan.

jari ini menaip, terus, terusan menaip.
baik , sedar atau tidak , yang aku sedang tipu.
bukan jari , tapi fikiran , hati dan suara kecil , berbisik buat aku terus terusan menaip.
Jadi , percayalah aku tidak pandai menipu.

fakta tidak.
auta tidak.

bermimpi lari - lari anak di atas air yang penuh dingin.
mungkin , mimpi itu sementara , bila mana aku kedinginan.
terbangun sekujur jasad , terasa tulang temulang dimamah angin.
mungkin , igauan itu sementara , bila mana aku dimamah angin.

tidak aku teriak . tiada aku meriak .
jerit - jerit , aku tida pilih itu.
melirik - lirik pilihan hati yang perlu dikuak.
paling - paling , aku tahu , perasaan nya begitu.

bila mana , angin itu melepasinya , berlalu.
mulut nya berkata , angin sahaja itu.
tak perlu gusar.
tak perlu anggap itu masalah besar.

lambat laun , aku akan pergi.
tidak jauh.
dekat sahaja aku pergi.
dekat dalam hati yang penuh rasa jauh.


p.s ; terjatuh jangan terduduk terus,.bangun jangan menangis, senyum macam tiada apa - apa.

No comments:

All time ;