10 December 2010

Review : Hantu Kak Limah Balik Rumah !

 
 poster ini sangat "epic" ok ;)

Hantu Balik rumah?
Pernah dengar tak hantu balik rumah?
seram,sangat-sangat seram.

tapi pernah dengar tak Zombi Kampung Pisang?
Zombi zomba berkeliaran di sana sini.

Jadi ini kesinambungan dari filem Zombi kampung Pisang.
Hantu Kak Limah Balik Rumah !
ceh sahaja kasi gempak.

At First memang tak ada masa langsung untuk tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah.
sebab,Nzm dan afiq nak berangkat ke johor selepas seharian berada di BP.
tapi memandangkan ingin mengambil gambar semasa di Melaka di Rumah Zul.
Kitaorang pun singgah la rumah Zul.

Dan di situlah idea tengok wayang timbul.
dari nak balik petang tu.teros tak jadi balik.ditunda malam.
Jadi berangkatlah kami ke Square one.
*zul,aku tahu kau tak nak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah*
i can read very well Zul ;)

Selama 1 Jam 35 Minit kami tak kering gusi.
ternyata lawak slapstik yang ditonjolkan dalam HKLBR sangat menghiburkan.
Zul,aku nampak kau ketawa. ;)
even kau asyik tanya "best tak cerita ni zam?" *sambil tersenyum*

Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah kesinambungan dari filem Zombi Kampung Pisang.


Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya,
Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin (Awie) hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam.


Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin (Johan Raja Lawak) kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

 scene di mana Abi Hurairah menegur "kak Limah"

Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.


Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.


cuba korang bayangkan "makhluk" sebegini kejar korang malam-malam sambil mengilai ?.eerr -.-

Kak Limah : "enjit-enjit semut,Siapa sakit naik atas"

Jadi kalau korang nak tahu macam mana kesudahan HKLBR ni.
atau nak tahu siapa dan apa yang terjadi pada kak Limah.
pergi panggung wayang saksikan sendiri Karya dari Mamat Khalid ni ok ! ;)
sure tak rugi.sebab filem ni sangat kelakar.cuma jalan ceritanya agak pendek.
tapi masih menghiburkan. ;)

The Positive Side is :
-Filem ni sangat menghiburkan!tak kering dan tak senang duduk korang dibuatnya dengan keletah Husin,Usop dan Abi Hurairah.
-Babak Di Mana Penduduk Kampung Pisang berlari sangat menarik.sudut kamera yang agak unik.Tahnniah Mamat Khalid ! :)
-Penonton mungkin tertanya-tanya siapa che nin?siapa ayu?dan paling penting apa terjadi kat Kak Limah.ini akan membuatkan korang duduk sampai penghujung filem nieh.
-Babak Hantu Kak Limah mengacau Abi Hurairah ketika dia sedang membuang air besar sangat Kelakar.
-Watak Usop berjaya membuat penonton ketawa sepanjang masa dengan keletah lembutnya.
-Babak ketika Husin (Awie) menegur Kak limah di rumahnya ketika dia baru tiba dari Singapura dan ketika waktu malam semasa dia hendak tidur sangat Menyeramkan !!
-Babak Husin menyanyikan Lagu CINTA KRISTAL untuk Che Nin sangat menyentuh hati!thumbs up!


 Babak Husin Menyanyikan lagu Cinta Kristal Buat Che Nin

The Negative Side is :
-Jalan cerita yang sangat singkat.
-Adakala ada separuh babak tidak masuk akal,mungkin Mamat khalid ingin membawa kelainan,tapi bagi penonton pandangan berlainan.ianya out of sense,
 -Relevan kah watak seorang budak lelaki memegang senapang gajah dan menembak hantu Kak Limah?Mamat Khalid ingin mempromosikan anaknya mungkin,keadaan ini berlaku sejak daripada Zombi Kampung Pisang. -.-
- Patutkah watak Usop yang dikatakan lumpoh boleh berlari ke hulur hilir mengangkat wheel chair.nampak pengaruh daripada cerita seperti Scary Movie sangat kuat. -.- out of sense,tapi berjaya membuat penonton tergelak.

"Tapi kita masih dapat lihat ternyata masih kuat kepercayaan orang melayu terhadap perkara Tahyul.dan         begitu juga jangan menilai sesuatu terlalu awal.kenapa?nak tahu saksikanlah filem ni ok? ;)"


Namun,Penonton mungkin tertanya-tanya di akhirnya ,di mana adakah benar akan ada Filem "ZombiMu,ZombiKu Jua"?di dalam bentuk 3D?Gabungan Adlin Aman Ramli,Rosyam Nor,dan Afdlin Shauki.jika itu bukan satu "guraun" ianya mungkin sangat menarik. ;)

Jadi silalah sama-sama majukan Perfileman Melayu !dan sedar di mana anda dan siapa anda?

p.s ; Kak Limah : "Enjit Enjit Semut siapa sakit naik atas" *sumpah seram*

2 comments:

si para para said...

dah tengok cerita ni..boleh tahan la..
sarat dengan maksud tersirat..hehe

Nizam Ash Aziz said...

yupp, mcm2 maksud tersirat ada . kita as penonton je yg mampu nilainya bgaimana. :)

All time ;