08 December 2010

lupakan lah sahaja.

hey semalam,
lupakan lah sahaja apa yang berlaku.
takkan aku diam termanggu.
dengan segala yang membelenggu.

pernah terfikir,
hendak ku hebah.
malas,nanti aku dianggap fakir.
miskin batin dan zahir.

berterabur lari-lari.
mengira jari-jari.
menghitung hari-hari

hey!sapa si hati.
masihkah ada sisa untuk diamati,?
mungkin hanya untuk dihayati.
bukan untuk di singgah lagi.

ingin aku berlari lari anak mengejar cahaya.
tapi tersekat akan segala bahaya.
melukut melutut menanti pasrah datang dari-NYA

Hey Hari ini.
aku masih di sini
menanti-nanti
sungguh aku benci,
akan situasi
aku harapkan "revolusi"
Bukan Ilusi.

jadi,lupakan lah sahaja.
aku dah penat berbicara.
aku dah lelah "diwawancara"
aku sesak dengan Tipu daya.

Baling Batu.
jadi batu.

p.s ; semuanya sudah dilupakan. ;)

No comments:

All time ;