10 October 2010

sedar.



"folder dan file sudah tidak synchronised lagi,
cuba dibelek,disusun,dirapi,
terjumpa khazanah lama ini,
masih tersimpan rapi,"


"Mungkin esok masih dapat ku hidu sisa-sisa hidup semalam,
mungkinkah esok masih bisa aku untuk bernafas menghadapi dugaan yang mendatang,

naifkah aku jika bayangan semalam yang memeritkan masih berlegar2 di benakku,
pessimist kah aku jika segala ujian dan dugaan tuhan yang mendatang aku rumitkan,

mungkin masih ada esok untuk ku tatap cahaya bintang yang berkerdipan,
mungkinkah juga masih ada lusa untuk aku menatap keindahan sang bulan bergemerlapan,

Jika masih ada esok untuk aku tatapi wajah mereka yang "tersayang"
tuhan kau izinkanlah aku untuk menatap wajah mereka biarpun terkesima mereka,

terpejam mata,tak tercelik,tertutup hati,masih tak terbuka,
termati deria,terpukau igau,dikejut sisi-sisi gelap perjalanan hidup,

masih aku mencari-cari erti sebenar hidup,
waima segala-galanya sudah tertulis,tercatat,tetapi masih tidak tersedar akan mimpi buruk yg datng,

terlena akan buaian mimpi-mimpi indah yang sementara,
tidak pernah ter"kejut"kan oleh mimpi-mimpi ngeri yang datang mengulit,

tersenyum hiba tergelak bagaikan diriba si jenaka,
tersendu tangis mengaler air mata bagaikan dihiris si pemisau,

datangnnya bayu si petang mengundang rasa selesa,
perginnya si petang,datangnnya keheningan sang malam yang memeritkan,,

cuba memejamkan mata,mencari ketenangan yang abadi,
namun masih dihimpit rasa kegusaran yang tersimpan,

tuhan,jika esok masih bisa ku bernafas,kau berikanlah aku horizon untk ke hadapan,
namun jika tiada lagi esok untuk aku,khabarkan pada "mereka" yang aku SAYANG MEREKA!"

sedar
nza aziz

p.s; ;)

No comments:

All time ;