11 October 2010

Cinta Si Teddy Bear ;)




"ADUH!" ujar haikal selepas kepala nya terhantuk pintu bas.hari ini dia terlambat lagi seperti biasa..Bukan kerana dia bangun lambat atau bersiap lambat.semuannya gara-gara rakan nya yang mandi bagai nak "rak".Sebagai Balasan Tindak Tanduk rakan-rakan sebiliknnya yang kurang prihatin,dia terpaksa menjadi "pelanggan" terakhir yang menggunakan bilik air untuk mandi.
 Selangkah jejak kakinnya masuk ke dalam bas,dia terserempak lagi dengan si "dia".bentak haikal "aduh!,asal la minah ni ada time-time aku terhantuk macam ni.malu betul la",siapakah si dia yang dibentak dalam hati haikal itu?si "Dia" adalah finaz,syafinaz.dari diploma graphic and design.orangnnya cantik manis.haikal memang sudah lama memendam rasa pada syafinaz.namun perasaan yang mekar berbunga itu dibiar begitu sahaja.kerana haikal takut akan tolakan dan,haikal selalu mengingati dirinnya supaya berpijak di bumi yang nyata,syafinaz adalah pelajar yang paling menyerlah dan popular di kalangan pelajar lelaki di kolej nya.jadi beliau memilih untuk berdiam diri.biarlah perasaan itu di bawa sendiri dan disimpan sahaja dalam hati.

"PUKK"*bunyi sesuatu jatuh*.Haikal tersedar dari lamunan nya,,eh2 mana patung teddy aku ni.mana pulak hilang,beliau resah gelisah mencari sana sini,segala ruang genap bas dirantaunnya untuk mencari anak patung beruang yang disangkut pada beg nya.namun usaha haikal gagal.dia buntu."alamak,macam mana ni.".kemudian terselit suara "eh,ni patung awak heh?comel lah,macam orangnnya.".sekali dia menoleh pada suara yang datang itu,darahnnya mengalir laju,jantungnnya bagai mahu tercabut.matannya tak berkelip.Haikal.baru sedar yang suara itu adalah milik syafinaz."eh,terima kasih ye." dengan nada tergagap-gagap haikal menjawab,nafasnnya bagaikan tersekat.sepanjang hari di kolej haikal tidak berhenti memikirkan syafinaz.dan masih terngiang-ngiang akan apa yang diucapkan syafinaz."hei!haikal kau dah kenapa senyum sorang-sorang?"tanya bell,"urmm tak ada apa-apa lah"..

Kepekatan malam isnin itu disinari cahaya bulan yang menguning.Haikal masih tidak sedar akan lamunan yang mengulit benak nya.syafinaz,syafinaz,dan syafinaz.hanya nama itu yang terkumat kamit menjadi penemannya malam itu.Senyuman haikal makin lebar setelah mengenangkan apa yang dilontarkan oleh syafinaz pagi tadi."comel lah macam orang nya" masih terngiang-ngiang.Namun dia bermain-main dengan fantasi apabila cuba menidakkan realiti yang dia sudah jatuh hati pada syafinaz,Gadis kegilaan lelaki kolej,.Tanpa sedari,Haikal melirik jam di dinding yang bercatkan warna pink,sudah menunjukkan jam sebelas malam.namun mata nya masih bundar untuk terus memikir akan syafinaz,hingga lupa akan tugasan yang diberi oleh pensyarah nya.lama kelamaan ulitan anganan Haikal bertukar menjadi mimpi,Haikal tertidur di kerusi panjang di luar rumahnnya.

"HOI!",bangunlah haikal.kau tak nak pergi kelas ke dan kenapa kau tidur di sini,dah tiada tempat lain ke kau nak melingkar?"ujar nadine,heh,"dah pukul berapa dah?"jawab haikal kembali."dah pukul sembilan la wahai cik haikal yang comel oi"perli nizam pada haikal."alamak,aku dah lambat!".Bingkas haikal bangkit dari kerusi panjang yang menjadi persingahannya untuk berlabuh mimpi semalam.."DUSH",kedengaran bunyi terjahan air.."brrr,sejuknya air!siapa setting mesin yang dah jahanam ni!sejuk!siap kau nadine!".Huraian gelak nadine memecah kesunyian pagi itu.Burung-burung berkicauan bagaikan tergelak melihat gelagat seisi rumah haikal.

Keindahan pagi itu bagaikan menanti akan ceriannya senyuman di wajah haikal.Haikal tiba tepat pada waktu bas sampai,namun,nasibnnya malang pabila dia dapati tempat duduk bas sudah penuh.kemudian selitan suara kedengaran "hey teddy comel,sebelah saya ada kosong!".heh,Haikal berpaling,dia tak mahu empunya suara itu adalah syafinaz.Kerana dia gentar untuk bertentangan mata dengan syafinaz.Namun sangkaanya meleset,sapaan itu memang benar dari syafinaz."oh,tidak!apa aku nak buat ni," ujar isi hati haikal,haikal kelihatan mengelabah.

serentak dengan itu bas berhenti mengejot,patung teddy nya terlepas dari sangkutan di beg nya,dan jatuh tepat pada kaki yang mulus tersarung sandal putih milik syafinaz."ALAMAK!,habislah aku,macam mana ni,"bisik hati haikal.Haikal termanggu sebentar.Syafinaz kelihatan senyum sahaja.Hendak atau tidak terpaksalah dia melabuhkan dirinya di sebelah syafinaz.Di sisi syafinaz,haikal tidak mampu memaling walaupun memandang wajah syafinaz.beliau hanya memerhati pandangan di luar."eyh,awak ni kenapa pandang luar je,saya dekat sebelah awak ni tak cukup comel macam teddy awak ke?"eh,taklah,mana ada" balas haikal."ok tak apa.saya minat la tengok mata sepet awak tu,comel macam teddy awak,awak dari diploma it kan?kan?"teka syafinaz.,"ye saya,kenapa?" "kawan saya semua selalu cerita pasal awak,awak pendiam,misteri,tapi awak comel"."heh,comel ke aku?"ujar haikal dalam hati.Perbualan antara haikal dan syafinaz terhenti setibannya bus di kolej."haikal,jumpa awak lagi!"teriak syafinaz."wow,aku bermimpi ke ni?".


Malam itu indah disinari cahaya si bulan yang tersenyum memerhati gelagat haikal yang sedang enak dibuai khayal.Senyuman haikal makin lebar terukir mengenangkan Syafinaz yang manis.manis bagaikan gula.Kata-kata yang dilontarkan oleh syafinaz pada haikal baginnya sangat bermakna.dia bagaikan tidak mahu melepaskan perginnya pagi yang dilalui nya berapa belas jam yang lalu.*lagu akim - inilah cinta berkumandang*.Haikal memetik-metik gitar nya diselangi lagu itu.Bibirnya mengikut bait-bait indah lagu itu.Hatinya mekar berbunga."DUSH!" sebuah buku lima dihadiahkan pada haikal."heh,kau nizam?ada apa ni terjah aku macam wartawan" tanya haikal,"aku tengok kau tersenyum sorang-sorang,risau pulak aku,kenapa dengan kau?","urmm,biarlah hati dan perasaan aku jawab nizam."."haikal2,kau ni dengan aku pun nak berahsia kan".balas nizam.Haikal mengiyakan saja perlian nizam,bagi beliau.biarlah apa pun dikata,hati dan perasaanya hanya dia yang tahu.Bukan untuk dikongsi mahupun berbagi.Keheningan sunyi malam itu dipecahkan oleh haikal yang menjerit kegirangan dalam hati.


Sinar pagi disinari indah senyum haikal.Hari haikal dimulakan dengan sungguh ceria.Berharap dia akan dapat menatap lagi indah wajah Syafinaz.Haikal adalah seorang ahli kelab kembara.dan jawatannya bukan calang-calang.Dia adalah seorang Pengerusi bagi kelab tersebut.Mungkin kerana daya kepimpinan beliau yang sangat tinggi dan komited pada kerja telah membuatkan beliau terpilih untuk menjadi pengerusi.Ramai pelajar Junior memanggilnya dengan giliran abang kembara yang comel.tapi gelaran itu diendahkan sahaja oleh haikal."Haikal,Sir Hafiz nak jumpa kau"lontar ayu pada haikal,"ish,ada apa sir ni" balas haikal.mungkin kerana ingin membuat mesyuarat setelah sekian kelab kembara "tertidur"."Ya,sir,sir nak jumpa saya ke?" tanya haikal."ya,saya nak awak aturkan aktiviti untuk kelab kembara pada hujung bulan ni,dah lama sangat senyap kelab ni kal,"perli sir hafiz."urm,nanti saya bincangkan bersama yang lain ok,".haikal pun berlalu pergi."aduh,macam mana ni,dah la assignment banyak".hah,GUNUNG LEDANG!teriak isi hati haikal."tapi siapa sahaja yang nak pergi kan?assignment mereka pasti berlambak".


Petang hari yang muram bagaikan mengenang nasib kusut nya  fikiran haikal.Namun haikal gagahkan juga hatinnya untuk menampal A4 yang baru sebentar diphotostat di koperasi."eh,pergi gunung ledang la!nak ikot awak!"diserta dengan gelak comel."hah,macam kenal suara ni",bergetar jantung haikal apabila memaling dan dia mendapati syafinaz di belakang nya."eh,syafinaz.awak berminat ke?kalau berminat boleh la join,terbuka ni."ujar haikal kepada syafinaz."ouh.demi abang haikal boleh sahaja.!" balas syafinaz.Haikal tersenyum lebar."awak,saya nak no telefon awak boleh?"."no?saya?"gagap balas haikal."boleh-boleh"apa salahnnya.Haikal mengeluarkan Iphone nya.dan syafinaz mengeluarkan iphone nya juga."wah,sama la,ada jodoh kita ni" gertak syafinaz.Senyuman haikal yang sebentar tadi hanya sekilas,terukir menjadi lebar setelah mendengar apa yang diguraukan syafinaz.kemudian syafinaz berlalu pergi."haikal!nanti malam kita mesej awak tau pasal kembara ni,bye!kita ada kelas ni".Haikal mengelengkan kepala melihat kegenikan dan kecomelan syafinaz.Lampu Hijau bagi Haikal sudah menyala.Niatnnya untuk mendekati syafinaz semakin menebal.


Malam itu seperti biasa,Haikal memetik-metik gitarnnya untuk menenangkan fikirannya yang sedang berkecamuk memikirkan bagaimana untuk menguruskan trekking untuk kelab kembara.Namun di sebalik itu,terselit wajah yang girang melapik segala kegundahan.Hati haikal dicuri lagi.Cukuplah dia bersendiri selepas dia dipermainkan hampir 4 kali oleh kaum yang bergelar kaum hawa.Pada mulannya dia amat gugop untuk mengaku yang dia sedang jatuh hati pada Syafinaz kerana perasaan benci kepada Kaum hawa,Tetapi,perasaannya yang kering itu sudah dtepis jauh.Hatinnya indah,cinta datang lagi!Kini dia sudah bersedia untuk menerima jika syafinaz hadir dalam hidupnnya."inikah cinta,ini yang dinamakan cinta" berdering telefon bimbit  haikal menandakan mesej datang bertamu,inbox dibuka,"hai tedddy!","eh siapa la pulak ni?" wajah haikal dicoret seribu tanda tanya pabila menerima mesej itu."takkan syafinaz pulak?"getus hati haikal.Dibiarkan sahaja mesej itu.Namun selang beberapa minit kedengaran bunyi mesej lagi."awak,kenapa tak rep message saya? ;(".haikal membalasnnya dengan "saya boleh rep mesej awak,but in first hand,i wanted to know,who are you?"."i am syafinaz!".sejurus membuka mesej itu,Hati Haikal gugop berkejaran.dia tidak sangka syafinaz akan menghantar mesej kepadannya.Syafinaz menyatakn pada haikal yang dia akan menyertai trekking yang dianjurkan kelab kembara.Tidur malam haikal indah ditemani bait-bait mesej syafinaz yang diterima sebentar tadi.tanpa sedar.haikal melabuhkan kelopak matannya..


Hening matahri si pagi menjelma lagi,langkah haikal makin yakin,selepas syafinaz seperti memberi keizinan untuk beliau mendekati dirinnya.Mati hidup sekali pun tak akan haikal lepaskan peluang ini.Memang sudah lama beliau menaruh harapan untuk menyemai kembali cinta kepada kaum yang bergelar "HAWA".Hatinnya memang sudah lama sepi,sepi ditemani ruang gelap.Yang ada hanya hilai dan gelak tawa rakan-rakannya.Hatinnya begelojak kembali untuk menerima cinta,cinta yang pasti.Tetapi benarkah syafinaz menaruh hati juga kepadannya?semuannya seperti terlalu awal.Haikal tidak berani bermain dengan permainan teka silang kata yang menyakitkan.Dia tidak mahu dikecewakan seperti dahulu.Tetapi nalurinnya kuat mengetok pintu hatinnya supaya terbuka kembali.Yang berlalu biarlah berlalu.yang datang biarlah disambut dengan penuh rasa indah."haikal,jom pekena teh tarik!" jerit nizam dari jauh.Haikal mengelamun."eh,kenapa kau ni haikal?mengelamun je aku tengok?" tanya nizam penuh sangsi."tak la,tak ada apa-apa pun".diselangi senyuman yang manis di pipi haikal."sah kau nie kene tempah katil dekat tanjung rambutan".mendengar keluhan nizam membuatkan haikal makin tersenyum lebar.


Segenap isi cawan dipenuhi air teh tarik dihirup haikal,di benak nya masih memikirkan syafinaz.dan hatinnya masih mengundang rasa "suka" pada syafinaz.dia cuba alihkan perhatian kepada perkara lain,namun dia seperti tidak berada di dunia nyata.masih terawang-awangan."haikal,kal!"tegas nizam."kau nie kenapa?risau pulak aku tengok"."nizam,kan udah ku bilang,ngak ada apa-apa la"."hah ye la tu,dengan aku pun kau nak berahasia kan?"sindir nizam.Kepekatan teh tarik pada cawan haikal makin berkurangan,menandakan yang minuman petang nya hampir selesai.Tiba-tiba matannya memandang tepat dan tajam ke arah seseorang.orang yang dimaksudkan itu adalah syafinaz.Hatinnya bagai digoncang.Syafinaz sedar akan lirikan mata haikal."HAI teddy!"."WAH!"terpacul dari mulot nizam."hai teddy,awak apa khabar?" tanya syafinaz pada haikal.Nizam di sebelah hanya terpinga-pinga bagaikan bermimpi yang gadis paling popular di kolej sedang berdialog bersama-sama sahabat baiknnya.Selesai perbualan antara syafinaz dan haikal.seraya itu lopongan mulot nizam ditutop oleh haikal "ish,kau ni.mulot tu tak boleh buka besar lagi ke biar lalat masuk?"."aku bermimpi ke kal?" balas nizam seperti ingin mencuba menafikan realiti.


Saat berganti saat,Jam berganti jam.hari berganti hari..hubungan haikal dan syafinaz semakin rapat.sehingga menimbulkan rasa cemburu di kalangan jejaka kolej,dan menjadi bahan bualan "gossip" bagi papparazi dan mamarazzi di kolej.Namun masih tiada apa-apa keistimewaan di dalam hubungan mereka.Mereka hanya rapat atas dasar kawan sahaja.tidak lebih dari itu.Namun Jika dinilai dari sudut ilmiah dalaman,haikal memang menaruh harapan pada syafinaz,tidak masuk akal jika jejaka atau lelaki sepertinnya tidak akan jatuh hati pada gadis secomel syafinaz.Namun perasaan itu terpaksa dibuang jauh-jauh buat sementara waktu,bukan kerana tidak mahu bercinta.tapi haikal belum bersedia menyatakn yang dia sudah jatuh hati pada syafinaz.Petang itu haikal dengan nekad,mengajak syafinaz keluar dinner pada malam.Pelawaan haikal itu diterima baik.


Malam itu,indah si malam diterangi oleh cahaya si bulan menjadi saksi akan pertemuan mata dan mata antara haikal dan syafinaz..hati haikal berdebar.dia sedar akan bicara hatinnya yang memberontak menyatakan yang ada sesuatu perlu dikatakan pada syafinaz."mamak,teh tarik satu".mata syafinaz memandang tepat ke arah haikal,haikal termanggu akan situasi itu.Dia cuba mengalihkan perhatian dengan melihat bintang,Namun secara tiba-tiba dia dapat merasakan yang syafinaz memegan pipinnya dengan lembut."haikal,i got something to tell you".huh"what is it"ujar haikal,"do you know anything about heart's and feeling?""urmm,it's complicated syafinaz,can be a love,and can be anything,it is subjective"."Haikal,there's something in my heart telling about you"."urm what is it?"."Haikal,i dah mula jatoh hati pada u,since we bertentangan mata dalam bus hari tu".Haikal terdiam sebentar.dia terpaku akan luahan itu."huh?".Haikal?"would u sudi be my special bf?".Seraya itu,tersembor air yang diminum haikal,"what,what are you saying?"."I said,would you mind if i be your girlfriend?!" dengan nada yang agak marah.Haikal tersenyum sahaja.menandakan setuju.Malam itu malam yang paling indah buat haikal.matannya tidak berkelip memerhatikan bundar mata syafinaz.senyuman syafinaz membuatkan dia terkedu.Dalam sunyi angin malam itu,syafinaz memegang tangan haikal.Haikal jadi kaget.28 Ogos 2009,terciptalah percintaan antara haikal dan syafinaz. ;)


30 Ogos 2009,tarikh di mana kelab kembara mengadakan perkhemahan.kelihatan sepasang kekasih,bergurau senda memecah kesunyian dan keheningan hutan belantara.gurauan manja antara haikal dan syafinaz menjadi penghibur untuk mereka yang menyertai perkhemahan itu.Ramai di antara mereka yang menyertai adalah dari kalangan junior.unggun api makin marak menerangi dingin malam.Mereka masih rancak mendendangkan,menghiburkan seisi alam hutan.


kokokkan ayam,mengejutkan halwa telinga mereka yang sedang tidur nyenyak di dalam khemah.

syafinaz terjaga dari lamunan mimpi indah.beliau terus meluru ke arah sungai.Kelihatan Haikal sudah berada di situ,dengan mata yang agak sembab."kau,tetap comel Haikal,biarpun mata kau sembab" bisik syafinaz dalam hati.Haikal kemudian berpaling kerana derapan kaki syafinaz mengejutkan Haikal,seraya itu,beliau termanggau dengan kecantikan semula jadi syafinaz yang ternyata di luar akal nya.tak terucap akan beliau kecantikan syafinaz itu. 


SYAFINAZ : "kenapa awak lihat saya macam tu sekali?"
HAIKAL: "Awak comel"
SYAFINAZ: "ada-ada sahajalah awak ni"
HAIKAL: "Benarlah,orang kata nak tahu kecantikan semula jadi seseorang itu,lihatlah mereka di pagi hari."
SYAFINAZ: "Heh,!awak perli saya ye.Sini awak!"


kesunyian pagi hutan ditemani unggas bersahut-sahutan,di samping gelak tawa dan gurauan pasangan kekasih yang baru bercinta iaitu Haikal dan syafinaz.mereka sungguh bahagia sekali.sangat-sangat bahagia.bagai tiada pemisah lagi antara mereka.

HAIKAL:"sayang!saya ada hadiah untuk awak!"
SYAFINAZ:"apa nya b?"
 HAIKAL:"tarrah!awak ambillah teddy bear saya ni"
SYAFINAZ:"wow!baru saya nak minta!"
HAIKAL:"tahu.awak memang muka tak malu pun."
SYAFINAZ:"hishh!saya cubit awak karang baru tahu!"

namunn,...




5 TAHUN KEMUDIAN

Kelihatan seorang pemuda yang segak berpakaian sut ben sherman keluar dari pintu kereta BMW yang agak mewah."DUMM"!bunyi pintu kereta ditutup. "THANK YOU DRIVER",ujar pemuda tersebut.
ya,memang benar peristiwa semalam,5 tahun lepas.masih bermain di fikiran dan ruang legar benak pemuda tersebut."ENCIK HAIKAL!,oh awak di sini rupa nnya." ujar seorang lelaki berusia. "Oh,Ya.maaf saya tidak perasaan akan anda ENCIK FARID", ujar HAIKAL.


*hampir 5 tahun lepas*


"KELUAR KAU DARI SINI!,KALAU KELUARGA KAU AKU TAK SUKA!PEWARIS DAN ANAKNNYA JUGA AKU TAK AKAN PERNAH SUKA!,JADI JANGAN BERHARAPLAH ENGKAU DAPAT MENJADI MENANTU AKU!"


hubungan di antara syafinaz dan haikal mendapat tentangan hebat daripada keluarga syafinaz.Pasrah akan ketentuan keluarga syafinaz.Haikal,mengambil keputusan untuk berhenti daripada belajar di tempat di mana beliau akan sentiasa bertemu dan bertentang ,mata dengan syafinaz.semuannya di atas persetujuan bapannya.


*DUMM!,bunyi cawan terjatuh*


DANIAL: " ENCIK HAIKAL.are you ok?"
HAIKAL: "Hurmm yes,im ok"
DANIAL:"Risau saya tengok awak ENCIK HAIKAL"
HAIKAL: "Eh,tiada apa-apa lah"


Kini,HAIKAL salah seorang orang yang agak penting di dalam perusahaan perniagaan keluargannya.iaitu SYAKIF HOLDINGS.beliau sudah hidup senang,namun masih di dalam hatinnya.satu sahaja.SYAFINAZ.gadis yang banyak mengajar beliau erti cinta.erti kesakitan dan juga erti perpisahan yang menyakitkan.


berdepa tangan Haikal membaringkan kepala nnya di atas kerusi.temenung jauh mengenangkan Syafinaz.di mana agaknnya dia sekarang?",masih bahagiakah dia?"itu masih bermain-main di minda Haikal sejak mereka berdua tidak ditakdirkan bersama lagi.Malam itu Haikal masih lagi sendiri.sperti hari-hari biasa.namun Gecko yang dibelinnya dari Seorang penjual di gemersik.menjadi temannya."popo.kau sahajalah teman aku sekarang",tersenyum Sinis Haikal.


KEDEBUK!aduh!bunyi erangan kesakitan.Haika terjatuh dari katil.Tenyata tidurnnya tiada pernah berubah dari dahulu lagi.sentiasa mengigau dan terjatuh dari katil.sebangunnya Haikal.beliau terus meluru mendapatkan AKHBAR HARIAN yang sentiasa dibaling oleh apek kesayangannya.dan bukan Akhbar sahaja.tetapi sekeping card yang berwarna pink.di situ tertera.




~WALIMATUL URUS~


ENCIK HAIKAL SYAKIF.


anda dijemput hadir ke perkahwinan anak kami iaitu.


SYAFINAZ BINTI LUTH


dengan


MOHAMAD HIRMAN BIN JAILANI.


tiba-tiba,terasa dadannya seperti ditusuk.persekitaran yang cerah menjadi gelap.ternyata perkhabaran itu sungguh menyentap hati Haikal.Orang yang pernah disayanginnya dahulu.tanpa perkhabaran,tapi tiba-tiba menyampaikan berita perkahwinannya."Ya Allah,ternyata kau memang bahagai tanpa aku Syafinaz,dan kau sudah dapat melupakan aku semudah itu sahaja" bisik Haikal.Penantian selama 5 tahun berakhir dengan perkara yang agak mengecewakan.kerana Haikal pernah berikrar,akan mencari Syafinaz Sehingga ke lubang cacing sekali pun.namun ikrar tinggal ikrar.harapan tinggal harapan.


Bukan salah Haikal,Bukan Salah Syafinaz.namun apa yang terjadi bukan kehendak sesiapa,mahu pun kehendak syafinaz dan haikal sendiri.mereka dihalang.dihalang oleh keluarga.



"Berseri-seri kamu ya finaz." ujar mak kalsum iaitu ibu kepada hirman."biasalah,seri pengantin kak".balas ibu Syafinaz.Namun di sebalik keserian itu.tersimpan seribu satu bahasa yang tak mampu diluahkan Syafinaz.beliau pada dasarnnya,masih merindukan Haikal.Senyuman diukir,mengelak segala apa yang cuba disampaikan maksud tersirat di sebaliknnya.



Hari hampir menerjah senja,merah makin memekat.tak tiba jua Haikal yang dinanti oleh Syafinaz.ternyata dia kecewa akan ketidakhadiran Haikal.beliau masih bermonolog di dalam hati,di manakah Haikal?


Syafinaz cuba membelek telefon bimbitnnya.dan dia dapati ada pesanan suara ditinggalkan oleh seseorang.dan terukir senyuman manis di pipi syafinaz setelah mengetahui bahawa yang meninggalkan pesanan suara itu adalah Haikal.


"SYAFINAZ,TAK SANGKA KAN.,HAMPIR 5 TAHUN KITA TAK JUMPA.DAN TERNYATA KITA DIPERTEMUKAN DALAM SITUASI BEGINI KAN?SAYA AKAN DATANG BERTANDANG KE HARI PERSANDINGAN AWAK,SAYA AKAN TIBA.KERANA 5 TAHUN SAYA MENUNGGU AWAK,DAN 5 TAHUN SAYA MENANTI AWAK,HANYA UNTUK INI,MELIHAT AWAK BAHAGIA TANPA SAYA.MAAFKAN JIKA SAYA TERALU SAYANG AKAN AWAK.DAN.."


dan apa?!jerit syafinaz seperti Haikal di dalam talian.sedangkan iannya hanya pesanan suara.Dan tiba-tiba,kedengaran suara anak saudara syafinaz,
"kak finaz!kak finaz!teddy bear ni comel!tadi petang kan.ada abang tu bagi,dia suruh bagi dekat kak finaz!".terdiam terkaku sebentar syafinaz.abang?
"ya kak,abang tu tinggi,putih-putih.dan dia handsome!" balas mia anak saudara finaz.
 "bila abang tu bagi!?mana dia sekarang?!"


"dia dah balik dah,akak dekat dalam masa tu,dia datang kejap je,dia cakap dia dah nak pergi jauh dah.jauh sangat-sangat.dia cakap,dia tak nak teringat lagi dekat kak finaz."


berdebar-debar hati Syafinaz mendengar akan apa diberitahu oleh mia.


tiba-tiba kedengaran bunyi nada dering di telefon bimbit Syafinaz.iannya datang dari teman rapat Haikal.iaitu.Nizam.


NIZAM: "FINAZ,Haikal dah tiada dah."
SYAFINAZ: "apa maksud kau?"
NIZAM:"HAIKAL,meninggal dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan kau,dia kemalangan.dia cedera teruk di kepala."
SYAFINAZ:"YA ALLAH!"


kemudian dengan sepantas kilat dia mengambil teddy bear dari mia.
mia terkejut.


*TEDDY BEAR INI KHAS UNTUK AWAK SYAFINAZ,ANGGAPLAH SAYA MACAM TEDDY BEAR INI OK.OH TIADALAH SAYA BERGURAU SAHAJA. - HAIKAL ;) -*


itulah ucapan terkahir yang tertera di atas kad ucapan daripada Haikal.


setitis demi setitis air mata syafinaz mengalir mengenangkan pengorbanan Haikal yang sanggup menanti nya selama 5 tahun.walaupun dia tahu yang hubungan mereka tak akan pernah bersatu dan akan menyatu.


Haruman bunga mawar terhidu,
kelihatan kelibat Syafinaz berpakai lengkap hitam.


*tertera di batu nesan*


MOHD HAIKAL AIMAN BIN SYAKIF


"MOHD AIMAN BIN SYAKIF.BERSEMADILAH KAU DENGAN AMAN DI SANA.BIARPUN HIRMAN ADA,NAMUN AWAK MASIH TEDDY DI HATI SAYA.MAAFKAN SAYA.MAAFKAN SAYA KERANA TIDAK TAHU AKAN SIKSA AWAK MENANTI SAYA SELAMA 5 TAHUN."

bunyi derapan kaki melangkah pergi.
dan,seraya itu.syafinaz menoleh dengan penuh rasa sayu.

"ASSALAMUALAIKUM HAIKAL AIMAN,TEDDY SAYA.AWAK AKAN SAYA RINDU"


p.s; ;)

No comments:

All time ;