05 August 2010

Jika semalam. :)
















Jika semalam terjatoh,
bangkit sajalah,
lepaskan benda yang lelah,
kerana retak menanti belah,

aku cakap itu salah,
kau cakap ini salah,

kenapa mesti kenangan bercanda,
yang kau ingatkan sampai bertanda,
meninggalkan kesan yang tak bermakna,
itu semua sudah tak bermakna,



kau cakap ini betol,
aku cakap itu betol, 

kau anjak si dunia leka,
rebah pada permainan si reka,
padahal,dulu kau yang mengata mereka,
kau lah yang terhebat belaka,

ah bagi aku itu celaka!
kalau kau mereka-reka sahaja!

aku cakap itu pasti,
kau cakap itu tak pasti,

Jika semalam kau bangkit,
pasti kau sedar yang kau sakit,
sakit dalam mencari pengalaman yang 'lekit'
kerana bagi kau segalannya nampak macam sedikit,

jika esok kau tak bangon lagi,
jika esok bukan hari untok kau bernafas lagi,
hadiahkan lah senyuman yang kekal abadi,
kerana TUHAN yang MAHA ESA bijak mengadili,

aku cakap semuannya sudah pasti,
tapi kau masih bertapi-tapi.

aduhh.


p.s;lupakanlah sahaja perkara semalam ;)  
   

No comments:

All time ;